Tuesday, December 11, 2012

Rahmat dan Kasih Sayang Allah

 

Pernahkah anda berada dalam suatu situasi dimana anda rasa segalanya berserah dan bertawakkal kepada Allah, pencipta kita dan sekalian alam? Pernahkah anda merasa betapa kerdilnya diri disaat Allah menyelamatkanmu dari kecelakaan? Pernahkah anda merasa betapa nikmatnya kehidupan di dunia yang sementara ini? Walaupun kita kadangkala terpesong, melakukan dosa, namun rahmat Allah itu luas. Umat-umat terdahulu akan terus ditimpa bala sekiranya langgar perintah Allah. Kita? Kalaulah dosa kita diperlihatkan kepada semua, nescaya aku pun tidak akan keluar rumah kerana malu. Betapa banyaknya dosa kita seperti pepasir, betapa hinanya kita yang berdosa dengan PENCIPTA kita, tidakkah kita berasa malu untuk berdepan denganNya setiap kali solat? Tidakkah sepatutnya kita mengharapkan keampunan dan keredaan dari Allah setiap kali dalam solat kita?

Fikirkanlah semua ini, betapa banyaknya nikmat yang kita perolehi didunia ini. Adakah kita dalam kategori hambaNya yang bersyukur? Dalam suatu hadis yang dikatakan Nabi Muhammad bersolat sehingga bengkak-bengkak kaki baginda dan apabila ditanyakan mengapa mesti begitu sedangkan Baginda seorang yang maksum (suci dari dosa), Baginda menjawab, “salahkah aku menjadi seorang hamba yang BERSYUKUR?”. Sedangkan Nabi sendiri bersyukur, siapakah kita untuk tidak bersyukur kepada Allah?

Setiap kali bangun dari tidur, sepatutnya kita bersyukur, dikurniakan lagi masa untuk beramal ibadah, bersedia untuk hari Akhir yang Pasti akan tiba. Tahukah kita bila ajal kita akan menjelma? Bila-bila saja nyawa ini boleh ditarik oleh malaikat. Suatu persoalan ingin aku bangkitkan disini, “adakah kita yakin yang kita akan hidup menjelang esok hari?”. Salah satu tips untuk khusuk dalam solat ialah, kita merasakan setiap kali kita solat, ialah solat yang terakhir bagi kita, contohnya kita solat Subuh, adakah kita pasti kita akan hidup sampai Zuhur? Ajal tu datang secara tiba-tiba. Janganlah kita tergolong dari orang yang akan menyesal tatkala ajal menjemput nanti dan merayu-rayu untuk dikembalikan semula ke dunia untuk beramal soleh. It’s TOO LATE dude!

Wednesday, October 3, 2012

kadang-kadang..

 

hidup ini penuh ranjau dan duri
tiap kali diri disakiti
tiap kali juga diri ini merintih kata simpati
masih lagi kumahu untuk mendaki gunung yg tinggi
walaupun fobia meruntun jiwa dan hati

kadang-kadang kurasa jarak antara kita hanya sekadar kata-kata
kadang-kadang terasa jauh bagaikan bintang kejora
kadang-kadang terasa dekat bagaikan disebelah telinga
kadang-kadang terasa perlu nya jarak dek kerana takut jiwa terDERA =)
kadang-kadang terasa perlu nya penderaan jiwa

yang aku rasa ini mungkin hanyalah fobia
fobia berulangnya kembali sejarah lama

mungkin jarak ini perlu
mungkin ada hikmah nya walaupun pilu
walaupun rindu datang bertalu-talu
akan kusentiasa merinduimu
kasihsayangku hanya untukmu

Sunday, September 23, 2012

hati batu

 

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 74.

[2:74]

yang membawa maksud;

 

Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.

 

aritu tengah2 tadabbur Quran tibe2 terlintas dengan ayat ni. terase sangat. hati yang keras seperti batu dek kerana dosa2 lampau. adakah kita salah seorang dari orang yang berhati keras? barangkali Allah dah berikan petunjuk dan hidayah kepada kita tapi hati kita yang terlalu keras untuk menerima dan mengikut petunjuk dan hidayah yang Allah beri.

dalam ayat ini, hati telah disamakan dengan batu. mari kita lihat apakah ciri2 batu yang sama dengan hati kita. cewaah.. batu tu keras kan.

Namun dalam ayat ini diceritakan di antara batu2 itu ada yang mengalir air sungai, kat malaysia banyak kan batu kat sungai ngan air terjun? kan3? hehehe.. cube lihat batu tu, die macam terbentuk setelah hakisan2 berlaku dalam air dalam jangka masa yang lama. secara “Berterusan” dan istiqamah. begitu juga hati kita yang kalau keras seperti batu, ianya bisa dilembutkan tapi dengan syarat kena berterusan la.

ada batu yang pecah2 dan keluar mata air darinya, mungkin dalam konteks ayat ini menerangkan walaupun hati ini dah keras seperti batu, penuh dengan dosa dan maksiat namun dalam setiap hati2 manusia mesti dahagakan sesuatu yang berbentuk kebaikan.

ada batu yang jatuh takut kepada Allah. lihat saja komet, meteor, batu yang begitu besar jatuh ke bumi kerana takud pada Allah, hinggakan batu dari gunung ganang yang jatuh dek kerana tanah runtuh dan sebagainya. sedangkan batu pun takut pada Allah, inikan kita makhluk ciptaan Allah yang begitu kerdil, mempunyai akal yang sehat untuk berfikir.

Allah tidak sekali kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan. disebutkan disini sebagai peringatan kepada kita. setiap apa yang kita kerjakan, sentiasa dalam pengawasan Allah. jadi. beringat-ingat lah.

sekian

Monday, September 10, 2012

Teman Pengganti

 

Sejak kebelakangan ni…aku asyik layan lagu ni je… tak tahu kenapa, lagu ni begitu menusuk kalbu, begitu terasa kesannya dalam hati.

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/06/lirik-lagu-teman-pengganti-black-ft.html#ixzz262GeGbcu

Sejak kebelakangan ini, berita-berita kematian seringkali kudengari. Seorang sahabatku dari SEMESTI dahulu telah meninggal dunia baru-baru ini dan beberapa orang ahli keluarga rakan-rakanku termasuk cik F telah pergi meninggalkan kita. Sesungguhnya mati itu ialah suatu kepastian (sebut dalam English : certainty)

Pelbagai tafsiran telah dilakukan terhadap bait-bait dalam lagu ini. Bagiku lagu ini ialah luahan hati seorang lelaki yang mungkin bergelar suami dan ditujukan kepada isterinya. Mungkin si-suami itu ada menyimpan rahsia tentang penyakit kronik yang dihadapinya dan mungkin dia tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup di dunia ini. Walaupun perit namun dia tetap memesan supaya si isteri itu cari teman pengganti setelah dia pergi mengadap ilahi.

Setelah mengetahui bahawa dirinya akan pergi meninggalkan dunia ini, dia mula mencari-cari siapa dirinya yang sebenar, apakah yang akan dilakukannya? kitab yang disebut dalam lagu ini mungkin adalah kitab suci Al-Quran yang menjadi “manual” hidup kita yang paling penting. Sesungguhnya hidup di dunia ini hanya sementara, dunia ini ibarat suatu “exam” kepada kita, ibarat suatu penjara, yang mana hanya yang faham akan fakta dan realiti ini sahaja yang akan berjaya melepasi ujian yang getir ini.

Sunday, September 9, 2012

Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Merasai Mati

 

semalam aku telah terima suatu berita yang sangat-sangat mengejutkan aku. Seorang teman, yakni rakan sekolah ku (SEMESTI) dahulu telah pun meninggal dunia. Seawal usia 22 tahun dia telah pergi meninggalkan kita. Baru sahaja beberapa minggu lepas aku berjumpa dengan dia semasa hari raya ke-5 tak silap. Tak sangka itulah kali terakhir aku akan berjumpa dengannya. Seperti yang kita sudah lama tahu, setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Tahun lepas bulan 12 arwah tokwan ku Hassan Basri telah meninggal dunia dan aku sedang berada di sini belajar. Sungguh tak kusangka-sangka pesanan terakhir tokwan ku itu jadi kenyataan. Masih ku ingat lagi tokwanku cakap “nanti mal balik tokwan dah takde dah”, aku pun jawab “alaa tokwan jap je nanti mal balik jumpe tokwan ye..”ujarku sekadar ingin menyedapkan hati sendiri dan berfikiran lebih positif, lebih kurang macam tu la dialog ku dengan tokwan ku itu sewaktu lebih kurang due tige minggu sebelumku berlepas ke sini. Tapi sudah ketentuan Ilahi bahawa tokwan ku sudah pergi, begitu juga kawanku itu. Benar lah maut menjemput tidak kira usia dan di mana-mana dan pelbagai sebab. Sahabat ku itu meninggal kerana demam panas. Ramai yang tidak sangka, hanya kerana demam panas, Malaikat Maut datang menjemput nyawa keluar dari badan. Hidup ini hanya sementara kawan-kawan.

Teringat pula akan ceritera cik F padaku bahawa dia pernah terlibat dalam kemalangan yang hampir-hampir mencabut nyawa nya. Aku yang mendengar cerita itu pun takut dan cuak. Sesungguhnya semua yang berlaku mengandungi hikmahnya. Boleh saja Allah masih lagi memberi peluang untuk kita hidup hari ini kerana inginkan kita memperbanyakkan amalan-amalan kita yang masih belum cukup lagi. Dan boleh saja Allah menarik nyawa seseorang itu supaya kurang dosanya di atas muka bumi ini. Sesungguhnya peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas diri kita mahupun orang-orang di sekeliling kita ialah untuk pengajaran kepada kita. Kepada cik F, aku bersyukur Allah mempertemukan aku dengan mu. Semoga hubungan ini dirahmatimu ya Allah.

Quarter (semester) baru 2012 (Fall 2012)

 

Setelah 3 bulan bercuti di kampung halaman di Ipoh, Perak, Malaysia, akhirnya aku pulang ke sini untuk meneruskan perjuangan. Perjuangan yang tidak seberapa panjang. Setelah aku kira-kira, tak sampai setahun (dalam 10 bulan) untukku menghabiskan sisa-sisa hidupku sebagai pelajar undergraduate. Pelbagai perasaan yang mengalir dalam hatiku. Pelbagai emosi menyerang lubuk sanubariku. Setelah sampai di Rochester, New York ini, sampai di rumah sewa bersama rakan-rakan yang lain, aku mula mengemas bilikku kemudian aku amati jadual pembelajaranku untuk quarter ini. 3 subjek keseluruhannya yang aku kena belajar selama lebih kurang dalam 3 bulan yang akan datang. 12 kredit (minimum 12 kredit..hihihi) tapi..tiga-tiga subjek ini agak mencabar, tiga-tiga 4 kredit, tiga-tiga ada 3 jam lab dan tiga-tiga kene buat lab report…huhuhu… tapi takpe, akan ku sahut cabaran ini…

Petang-petang aku pergi jogging keliling Park Point (macam keliling taman park point la…) sebelum pergi main volleyball dengan rakan-rakan. Stamina 0% lepas balik rumah! kat rumah jarang-jarang sekali bersenam. huhuhu… esok (ahad) ade tournament indoor soccer dah. Tak tahu boleh main ke tak, takut pancit di tengah jalan je…hehehe…tapi takpe, akan aku coba yang terdaya!

9/9/2012 (9.45pm) fuhh..alhamdulillah menang.. 4-2.. teruk gak la sebab bolos due, defend kantoi ag la..hihihi..stamina pn teruk gak..
adooii..asyik main je..stadi nye bile entah..nak start stadi lah mlm ni..huhuhu..

Saturday, September 8, 2012

Ceritera

 

 

ada apa pada usrah
[kredit]

hari ini  nak menceritakan sedikit cerpen (cerita pendek) mengenai kehidupan. Kehidupan siapa? siapa lagi? kehidupan seorang insan, hamba Allah yang telah diberi nama oleh mak ayah Mohammad Akmal bin Adnan. Kehidupan di mana? di mana-mana sahaja lah. Tapi fokusnya disini ialah kehidupanku sebagai hamba Allah yang sering terleka, sering terjerumus melakukan dosa, sering saja tersilap langkah dalam kehidupan. Namun Allah Maha penyayang lagi Maha pengasihani sentiasa menunjukkan jalan yang benar/lurus padaku yang kadangkala aku ikut (bila iman menebal) dan kadangkala aku terpesong dari jalan (bila iman lebih nipis dari cell membrane).

Semalam, dalam bulatan gembira yang sangat-sangat menggembirakan hati ini yang setelah sekian lama (3 bulan kot…) kering tak terisi dan rindu untuk berbulatan gembira dengan sahabat-sahabat di sini, aku dan sahabat-sahabat lain diajukan soalan berbunyi lebih kurang begini; “berapa lamakah anda dah join bulatan gembira ini dan apakah kesan dalam kehidupan seharian?” Aku terpaku terdiam namun begitu banyak monolog dalaman yang timbul. Aku sejak sekolah, tidak pernah didedahkan dengan perkara-perkara sebegini, agak hampa dan kecewa gak sebab lambat namun dalam masa yang sama bersyukur kerana telah dipertemukan dengan suatu fikrah (pemikiran) dan pergerakan yang selama ini rohaniku begitu damba-dambakan. aku seorang muslim, dulu, sepertimana kebanyakan muslim-muslim di Malaysia, belajar “Pendidikan Islam” sejak sekolah rendah (maybe ade yang dari tadika atau taska) namun terasa kosong (lagu kosong najwalatip berkumandang..hehehe). Terasa kecewa gak masa sekolah menengah tiada penggerak untuk menjalankan “modus operandi” ini yang insyaAllah bisa membangkitkan fikrah Islam yang sebenar dalam setiap insan yang memiliki kad pengenalan yang tertulis diatasnya perkataan “ISLAM”. Sebab majoriti sahabat-sahabat ku ada pengalaman berbulatan gembira sejak sekolah menengah. Saye akui aku seorang yang jahil. Sejak sekolah dahulu seringkali diri ini terpesong dari jalan-jalan Islam yang sebenar, solat tidak sempurna, al-Quran selalu gak bace tapi..kosong..tak bace pun tafsir nya. Aku akui diriku ini walaupun telah faham dengan apa yang kubawa ini seringkali leka dan tidak bersyukur dengan taufik dan hidayah yang Allah berikan padaku ini. Seringkali aku tewas dan kalah dengan hasutan syaitan dan melakukan dosa-dosa. Aku kecewa dengan diri sendiri dan setiapkali terfikirkan akan dosa-dosaku itu, aku sebak.. T-T
Hanya yang ku harapkan ialah pengampunan dari Allah yang maha pengampun. Aku harapkan setiap umat Islam mempunyai perasaan seperti ini. Tujuan entri kali ini ialah untuk memberitahu apakah yang aku rasa dan lalui sepanjang kehidupanku di sini.

pernah dengar tak perkataan usrah, dakwah, tarbiah?
mesti pernahkan. hehehe.
tapi tak kujangka akan aku dengari perkataan-perkataan di atas dengan banyak sekali di sini (US).

Setulusnya aku berase amat gembira, bahagia, dan segala perasaan positif yang dikurniakan Allah kerana aku dipertemukan dengan semua ini. Sahabat-sahabat yang baik, fikrah Islam yang sebenar, bulatan gembira yang sangat-sangat banyak mengajar aku erti kehidupan ini yang hanya sementara, dan tujuan hidupku di atas muka bumi ini. Aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana aku dipertemukan dengan semua ini di tempat yang tak di sangka-sangka iaitu Amerika Syarikat, pusat segala amalan jahiliyah dan penyebaran fikrah-fikrah yang banyak memesongkan umat Islam dari landasan Islam yang sebenar.

soalan ini ditanya kepada ku; “apakah tujuan aku join bende ni?” dan mungkin bukan hanya aku sahaja yang diberi persoalan ini, ramai diantara manusia-manusia di luar sana termasuk umat Islam di Malaysia pasti mempersoalkan kenapa ada yang menyertai usrah, bulatan gembira dan sebagainya. first thing first, korang nak masuk syurga tak? mesti nak kan..? kalau nak masuk syurga perlu buat apa? solat, patuh perintah dan jauhi larangan Allah, amar ma’ruf nahi mungkar (berpesan kepada kebaikan dan larang kemungkaran). Itulah jawapan skema SPM atau UPSR..hehehe. apakah yang lebih praktikal untuk kita lakukan semua ini. sebelum itu mari kita fikirkan balik apakah tujuan kita hidup di muka bumi ini? mari kita selak sikit Kitab manual hidup, iaitu Al-Quran, cari surah al-Baqarah ayat 30 (2:30) dan surah Al-Zariyat ayat 56 (51:56) alaaa..bukak la jap.. dah berabuk dah Quran tu kat atas almari. Kalau takde, yang tengah bace post ni takkan takde internet, nampak beno nipunye..google-google la sikit. tak pun klik je kat link di atas. ini lah pesanan Allah bagi seluruh umat manusia. Kita sebagai umat Islam kene tahu bende ini, tak ade ajar kat sekolah taw (maybe ade tapi aku je yang slalu tido dalam kelas..hehehe). Tujuan hidup kite kat atas bumi Allah ni. Menjadi khalifah di bumi dan beribadah kepada Allah. First, khalifah..apa yang terlintas di fikiran korang bila dengar perkataan khalifah? mesti terfikir akan khalifah-khalifah zaman Uthmaniyah dan Khulafa' Arrasyidin yang kita belajar time skolah menengah dulu..kan..kan..kan..? hehehe..khalifah dalam konteks ayat diatas (berdasarkan ilmu yang aku ade je la..) bermaksud mengimarahkan muka bumi ini dengan Islam, Islam berada di puncak dunia, Islam di mana-mana, sistem Islam diamalkan di seluruh muka bumi, hukum-hukum Allah dilaksanakan di seluruh dunia dan Umat Islam berjaya dan menjadi pemimpin di muka bumi ini. Kalau nak tengok berdasarkan konteks masa kini, agak-agak dah tercapai ke belum tujuan hidup kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini?

ya Allah! dah pukul 10.45 pagi! kelas pukul 11! jap-jap sat ag aku sambung ye..hehehe

haa..hari ini hari Jumaat..penuh dengan keberkatan, aku tadi pergi kelas..sejam je..11 sampai 12 tengah hari..pastu pegi lab kire cell colony daripada sample tanah-tanah sekitar US ni..eh meroyan lak petang-petang ni..sat agi nak main bola tampar..tapi takpe..nak menaip jap..hehe..

berbalik pada topik asal kite, khalifah. Masih belum tercapai lagi objektif hidup kita. Dan selagi mana objektif itu tidak tercapai, kita akan terus menggalas tanggungjawab untuk menghidupkan kembali “khalifah” itu dalam diri kita, masyarakat, negara dan umat manusia sejagat. bagaimana? itulah yang sedang diri ini lakukan, bukan aku sorang saja..seluruh umat manusia..mengikuti usrah berbulatan gembira. Rusia, UK, Japan, New Zealand, Australia, Zimbabwe (eh..insyaAllah ade..hehehe) dan MALAYSIA yang utamanya. Objektifnya? melahirkan manusia yang benar-benar faham Islam (tidak hanya pada kertas periksa) dan menjadi tunjang dalam setiap pelusuk masyarakat sama ada dari tampuk kepimpinan hinggalah kepada masyarakat biasa. Sila rujuk gambar di atas sekali, bulatan gembira ini lah yang akan dijadikan batu-bata untuk membina empayar Islam yang dahulu nya begitu kuat. kerana pada hakikatnya, Islam sekarang diperkotak-kasutkan oleh musuh-musuh Islam. Seluruh umat Islam didunia sekarang sedang tenat. Di Syria, Palestin, Myanmar malahan di Malaysia (walaupun tak perang tapi memang tenat..tak caye bace paper..banyak yang mati..di jalan raya, dalam tandas dan juga tong sampah..if you know what I mean). Jadi pada dasarnya, untuk menegakkan Islam kembali di persada dunia, umat-umat Islam seharusnya menegakkan Islam kembali dalam diri masing-masing. itu lah yang sedang kami lakukan, yang sedang aku usahakan, iaitu menegakkan kembali Islam itu sendiri dalam diriku sendiri. Walaupun sering tewas dengan tipu daya dunia yang sementara dan godaan syaitan, namun aku takkan mengalah. takkan.

Objektif kita untuk ke mendapatkan keredaan ilahi dan seterusnya ke syurga. untuk kesana kita perlulah melakukan apa yang terdaya untuk menggapai objektif-objektif kita tadi iaitu khalifah dan juga ibadah. Dalam konteks ibadah pula, bulatan gembira ini mengajar aku erti ibadah yang sebenar, kenapa aku perlu beribadah, dan bagaiman untuk berusaha supaya ibadah itu diterima oleh Allah. Yang paling aku suka dalam mengikuti bende ni ialah tadarus dan tadabbur al-Quran. Siyes aku cakap, dulu aku bace Quran macam kure-kure..kure-kure tu lagi laju kot..tapi Alhamdulillah sekarang dah semakin lancar walaupun masih banyak yang perlu diperbetulkan. Tapi bukan tu saje aku nak cakap. Al-Quran, siyes best bace..tak tipu..bukan bace je best, yang paling best ialah part tadabbur tu. before ni bace je tapi tak faham. sekarang aku dah belajar bagaimana untuk berinteraksi dengan Quran (akan kuceriterakan dalam episod akan datang) dan memahami Quran dalam konteks kehidupan seharian. Yang bestnye lagi, bile pegi kelas tafsir anjuran Muslim Student Association (MSA) sini tiap-tiap minggu, aku belajar surah-surah pendek dan maksud disebalik ayat-ayat itu supaya lebih khusyuk dalam solat bila baca surah tu nanti.

begitulah alkisah nya..akan bersambung di masa akan datang..
sekian..

Tuesday, August 28, 2012

Puisi untukmu..

 

 

di atas tali kasih sayang ini ku bina sebuah cinta
setelah kekecewaan demi kekecewaan kutemu dia
hampir sahaja diri ini berputus asa
namun kukuatkan kutabahkan juga
kerna kutahu engkau adalah satu dalam sejuta
maafkan aku kerapkali kubuat kau kecewa
izinkan daku berkongsi air mata
denganmu kurasa bahagia
hidupku tidak lagi serupa
hatiku tidak lagi gundah gulana
hati ku yakin kau kan setia
di atas tali kasih sayang ini kulilitkan ikatan setia
antara aku dan dia tiada lagi rahsia
kuharap semua ini berkekalan hingga ke akhirnya
harapanku ini bukan angan kosong semata
tapi benar ku akui aku telah jatuh cinta
setelah sekian lama
pintu hatiku tidak dibuka
kasihmu rindumu sayangmu jelas terasa
dihatiku hanya kau bertakhta
kuharap dihatimu pun begitu juga

Monday, August 27, 2012

…..



entri kali ni tidak akan aku berikan ia tajuk. hanya sedikit luahan hati dan perasaan ku. mengenai apa yang telah berlaku sejak dua menjak ni. sedang ku menaip bende ni, tibe-tibe hujan turun dengan lebatnya di luar sana. dramatik sungguh tapi memang betul pun tibe-tibe je hujan. setelah sekian lame la kan. tak tahu la sejak bile. mungkin sejak kekecewaan yang melanda diri ini. dalam tidak sedar, maybe I’m being too friendly, or I just be there as a good friend, tapi dalam masa yang sama berlaku sesuatu yang diluar jangkaan dimana aku merasa kan yang diriku ini dah memasuki carta hati” ramai pihak. (bukan perasan atau masuk bakul angkat sendiri, tapi ni kenyataan)

serius, aku tak pernah berniat nak mainkan perasaan orang lain atau hancurkan hati sesiapa. tapi aku mengaku, salah aku gak. mungkin dalam tidak sedar, separa sedar atau pun memang aku sedar…aku dah memberi harapan palsu. dan aku tahu itu salah (baru sedar). bile harapan diletakkan terlalu tinggi, keadaan akan menjadi “awkward”. entah la. kadang-kadang, bukan aku tak suke, it is just, you are not the right person. bukan poyo ke ape. aku tak nak la nanti dah beranak cucu baru nak menyesal. bagi aku, daripada kecewa lambat, lebih baik kecewe sekarang. terus terang lagi bagus. memule aku cuak gak nak terus terang, bukan cuak pengecut or something, tapi rase kasihan, rasa tak sanggup nak hancurkan hati sesiapa. aku pelik la. aku ni siyes la aku cakap, aku takde ape-ape. paras rupe pun takde, body pun keding (bak kata cik Capital F). kekadang sampai aku terfikir apakah motifnya mencintai seseorang itu?

serius entri kali ni bukan lah untuk menyalahkan sesiapa, aku salahkan diri sendiri gak. bagi aku, bende ni berlaku sebab aku gak. sejak peristiwa berdarah tu berlaku(frust menonggeng), aku tak buka pun hati aku pada sesiapa, bukan taknak, tapi susah, mungkin sebab terlalu lama dengan sidia. aku tak salahkan dia pun dalam hal ni. aku salahkan diri sendiri, sebab tak mampu nak lepaskan dia dan dalam masa yang sama berusaha untuk mengubati hati yang sakit dan berusaha mencari-cari someone yang boleh ubati hati ini. teruk la aku ni. aku tak sedar pun perkare ni berlaku time tu, sekarang baru sedar senario yang berlaku. mase tu, I made a lot of good friends but none of them are considered special.

entah lah, after cik Capital F hadir dalam hidup baru la aku dapat melepaskan si dia(cabaran yang paling susah) dan beransur-ansur aku mencerahkan suasana dengan explanation demi explanation diberikan, pengakuan demi pengakuan diberikan, kekecewaan demi kekecewaan kuberikan kepada insan-insan yang tidak bersalah. Aku di sini menyusun sepuluh jari memohon seribu keampunan. T-T

pas kecewe tu aku mane ade terus cari pengganti, dalam setahun lebih la solo rider. aku taknak la kekecewaan aku tu menyebabkan aku membuta tuli je dalam membuat keputusan. tapi aku tak tipu la, memang kekadang rase sunyi. hmmm..tu time tu la..sekarang dah tak sunyi dah.

aku harap sangat, ampun maaf dipinta. segala keputusan yang dibuat bukan secara membuta tuli. keputusan dibuat demi kebahagiaan semua pihak. kekecewaan yang dialami sekarang ada hikmahnya.
we are not meant to be together. I’ve found someone,
and I hope you’ll find him, the one that love you with all of his heart, the one that all of you deserve.
please forgive me. I’m sorry my friend..

Monday, August 6, 2012

Pemikiran Masyarakat yang Masih lagi di Tahap Kurang Tinggi

secara jujur kukatakan aku semacam “culture shock” bila pulang ke tanah air sendiri. takde la culture shock mana pun. sebab di sana pun lagi teruk dari di sini, cuma nya di sana aku tidak terdedah dengan benda-benda sebegini teruk seperti di sini. contohnya, orang Melayu dedah aurat. Setahu aku hampir semua Melayu Islam di sana di tempat aku belajar menutup aurat, so jarang la tengok melayu free hair. kalau orang putih free hair tu belakang kira la. diorang bukan Islam, tak tahu apa kewajipan menutup aurat yang terang-terang dikatakan dalam kitab kita umat Islam, kata-kata dari  Allah pencipta kita

 

Untitled

[Al-Ahzab : 59]

jap-jap. ape kasi ayat Quran ni bro?? hehehe.. eh anda Islam kan? Quran ni turun untuk siapa? masyarakat menganggap penjagaan aurat ni suatu perkara yang remeh. alasan seperti “belum sampai seru lagi..” tidak mengapa. sama-sama lah kita doakan mereka supaya Allah memberi taufik dan hidayah kepada mereka. tapi nak salahkan masyarakat 100% pun tidak boleh. nak salahkan mak bapak 100% pun tak boleh. mak bapak belajar di mana? mak bapak dan anak-anak/ masyarakat tengok apa di masa lapang? TV kan? hehehe.. cuba anda tengok kebanyakan rancangan-rancangan yang di keudarakan. kadang-kadang tengok, yang berlakon tu berpakaian seperti orang putih di Amarika sana! hahaha..sungguh mengharukan (haru biru bro..!) nak salahkan siapa bro? salahkan diri sendiri sebab tak mampu nak halang kemungkaran tu. betul tak? tapi kalau setakat salahkan diri sendiri tanpa melakukan apa-apa? balik awal la bro. pernah dengar tak? “Tegakkan Islam dalam dirimu nescaya akan tertegak nya Islam di negeri mu” memang la selalu dengar. tapi praktikkan tak? Islam, dalam diri, tegak. cuba ambil contoh di bazar ramadan, bila saja azan Asar berkumandang, berapa kerat kah peniaga-peniaga yang berhenti dan pergi ke masjid? padahal masjid hanya sekangkang kera dari tapak bazar ramadan itu. itulah realiti. sekali lagi ditegaskan jangan salahkan diorang, salahkan diri sendiri (saya) dan juga kamu yang membaca kerana tidak mampu untuk mengubah realiti ini. namun ditegaskan disini ia bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap solat berjemaah dan menutup aurat. bermula dari diri kita, kita bina Islam dan tegakkan ia. dakwah itu unik. bermacam-macam cara. mana tahu dengan kita ni sebagai orang muda pergi ke masjid membuka pintu hati rakan-rakan mahupun jiran-jiran untuk turut serta memeriahkan masjid. siapa tahu?

kulihat masyarakat sekarang ramai yang kahwin lewat? ada yang dah tua-tua pun tak kahwin-kahwin lagi. tak payah lihat jauh-jauh. dalam keluarga sanak saudara dan kenalan-kenalan kita pun ada. apa yang berlaku sebenarnya? mengapa ini terjadi dalam masyarakat dan semakin berleluasa. institusi kekeluargaan semakin huru-hara. cerai-berai berlaku sana sini.tak payah pergi jauh-jauh, tengok artis-artis je dah cukup. tu kes cerai, disini saya nak bercakap tentang nikah/kahwin. apakah persepsi masyarakat yang salah terhadap kahwin? kahwin hanya bila dah ada kerja, rumah, kereta. perkahwinan di lihat sebagai sesuatu yang susah bagi masyarakat, khususnya golongan muda yang menyebabkan banyak kes-kes buang bayi berlaku. tapi sebenarnya kahwin bukan lah penyelesaian khusus terhadap gejala sosial yang melanda. contohnya, sekiranya kahwin hanya atas dasar nafsu, kemungkinan besar perkahwinan itu diakhiri dengan perceraian kerana tiada unsur keikhlasan dalam hati masing-masing. lagi satu kulihat masyarakat Malaysia masih lagi memandang poligami itu sesuatu yang akan mengundang pelbagai masalah. terdapat banyak faktor yang menyebabkan masyarakat berfikiran begitu. mungkin kerana terdapat contoh-contoh terdekat seperti sanak saudara atau jiran tetangga yang berkahwin lebih dari satu dan dalam masa yang sama menyebabkan masalah dalam rumah tangga mereka. sepatutnya poligami dijadikan suatu medium untuk membantu golongan perempuan contohnya yang telah kematian suami dan orang miskin.

fa

[An-Nisa’ : 3]

rata-rata perempuan sudah tentu tidak ingin berkongsi kasih sayang suaminya dengan orang lain. betul tak? tapi bagi wanita yang bergelar isteri yang  membenarkan suaminya berpoligami merupakan suatu pengorbanan yang amat besar. masalah yang kerap kali berlaku ialah si suami tidak berlaku adil terhadap isteri-isterinya. ini akan menimbulkan ketidakpuashatian dalam kalangan isteri-isteri, keluarga dan masyarakat setempat. namun sekiranya si suami yakin mampu menanggung dan mampu berlaku adil, apa salahnya sekiranya ingin berkahwin satu lagi? (ekstrim gile statement ni). kalau bagi pandangan wanita,”cukup la satu..buat apa sampai 4 tu?” sy faham, semua wanita faham. mak saya sendiri pun tidak ingin dimadu kasihkan dengan orang lain. jadi, berbalik kepada ayat di atas, poligami ni ada syaratnya, bukan suka-suka ja nak kahwin dua, tiga atau empat ni. Mampu berlaku adil terhadap isteri-isteri. Mampu memberi nafkah zahir dan batin. Tapi saya baru je dengar ceramah UAI dari CD original yang saya pinjam dari kawan saye, ustaz cakap kalau nak pasang lagi satu, jangan tipu bini yang pertama tu. tak baik. berterus teranglah. Isteri mana yang nak berkongsi kasih suami? tapi bagi wanita yang memahami dan suami yang solehah dan yakin mampu berlaku adil dan saksama tidak menjadi masalah.

sekarang saye nak cakap pasal masjid lak. dulu-dulu sebelum terbang jauh-jauh, saye pun jarang pergi masjid. tak nampak ape kepentingan solat berjemaah di masjid (sebab tak diberi penekanan di sekolah). fardu kifayah? ade perkataan “fardu” di situ. yela. dulu saye pun fikir, “ooo..fardu kifayah, hmm..xpe la..dah ade pakcik2 pegi masjid tu…aku lepak umah dah la..” kompem, majoriti masyarakat fikir macam tu. kat sini saye bukan nak cakap bende ni wajib. tapi sekadar nak menekankan kelebihan/kepentingan solat berjemaah di masjid ini. saye pernah dengar satu ceramah ni cakap lebih kurang camni, ‘kalo korang keje la kan..makan gaji kat pjabat, korang prefer gaji RM 1000 ke RM 27 000 ?’ mesti la nak 27 ribu gaji kan. cube anda fikir, ape tujuan hidup anda? kenapa anda diciptakan di atas muka bumi ni? tak semua orang yang fikir benda ni. kenapa? hidup dah terlalu dibelenggu kehidupan dunia yang sementara. sementara je beb kite hidup ni. purata umur 60-70 tahun, sekarang saye dah 20-an tahun, paling-paling hebat pun leh hidop sampai 80, tu pun kalau umor panjang, kalau eksiden ke sakit ke, orang tembak ke, jatuh basikal ke, terlebih tido ke(takde kaitan..hahaha) macam mana? hidup ni sekejap je. tak percaya? tengok, pejam celik pejam celik dah due tahun berlalu. rase macam semalam je aku baru Form 1 di semesti dulu. nah amik ayat ni. ni ayat Quran beb. Allah, pencipta kita yang cakap.

tujuan hidup

[Ad-Zariyat : 56]

sekarang dah tahu ape tujuan hidu  korang? hidup di dunie ni sementara je. kat sane tuh, negeri akhirat, kekal selama-lamanya. bayangkan betapa Maha Pemurahnya Allah, kite diuji hanya dalam 60-80 tahun di dunia tetapi ditawarkan ganjaran Syurga yang selama-lamanya. betullah kata ulama’, masuknya syurga seseorang itu bukan kerna amal ibadat dan pahalanya tetapi dengan rahmat Allah. hidupnya kita didunia ini kerana mengharapkan keredaan Allah Tuhan sekalian alam, pencipta kita. betapa hebatnya Allah, lihat sajalah tapak tangan korang. cuba gerak-gerakkan jari korang, terer tak siapa yang cipta korang? haa..taw xpe..sehebat-hebat mane pun “Terminator” ciptaan manusia akhirnya dapat juga dikalahkan oleh manusia (john connor) hahaha. sehebat mana manusia dalam bidang sains, nak cipta seekor lalat pun tak reti. nah amik ni, Allah dah cakap, jangan sombong;

jgn sombong

[Al-Isra’ : 37]

haa..aku penah dengar orang cakap, “jangan bongkak sangat, najis sendiri pun ko bawak sendiri kemana-mana ko pegi” betul kan? kite nak sombong dengan Allah? nikmat yang kite guna ni, tangan nak taip post ni, bernafas (korang smua tengah bernafas kan? hahaha), tidur di bulan puase, kaki, perut, mata, lidah, haisy! banyak giler nikmat yang Allah beri tapi kite, manusia masih berani lagi langgar perintah Allah setelah Allah kasi segala nikmat di dunia ni, tak mengenang budi punye manusia! (termasuk saye la..). berbalik kepada Kalam Allah di atas, nak tembus bumi pun manusia masih tak mampu, (dalam movie bnyk la) realiti nye manusia masih tak mampu nak buat apa-apa, gunung gunung yang tinggi? ade ke bangunan yang manusia bina sama tinggi dengan gunung Everest? ok. mai sini saye nak buat satu perbandingan (dengan bantuan google dan wikipedia) menara tertinggi di dunia, Burj Khalifa di Dubai setinggi 828 meter dan gunung Everest gunung tertinggi di Bumi setinggi 8850 meter. tengok berapa bnyk beza? sampai kiamat pun manusia tak mampu menyamai setinggi gunung.

manusia ni dalam keadaan menafikan Kematian. Kematian adalah sesuatu yang pasti. Kau, aku, dia, mereka, sesiapa saja yang ade kata ganti nama diri akan masuk kedalam tanah, gelap gelita. bayangkan korang bangun-bangun, tengok depan, tanah, kiri kanan pun tanah. cuak beb. aku pun cuak. semua orang cuak. tapi rata-rata  masyarakat? mereka seolah-olah bertindak seperti mereka akan hidup selama-lamanya, tidak akan mati, dan segala amalan tidak akan dihitung dan diperlihatkan di akhirat kelak. bukan tak tahu, tapi buat-buat tak tahu dan menafikannya. ni ayat power untuk kes ini;

stiap bernyawa

[Ali-Imran : 185]

kalau nak rase melekat dalam jiwa, hafal ayat di atas ni sekali dengan maknanya dan berpegang la dengan ayat ni selagi mana kamu bernafas dan hidup di atas muka bumi ni ( kalau dah tak bernafas, dah lambat la..takde can pun nak bace post ni..hehehe)

  • Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.
  • Kehidupan di dunia ini (kemewahan dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

dua point di atas adalah antara point-point dalam ayat di atas. lambat atau cepat itu urusan Allah, tetapi yang pasti ialah kita semua akan mati. ingin menaiki kereta Subaru Impreza, BMW, Waja? tidak. kereta yang akan pasti kita naiki ialah kereta mayat. kehidupan di dunia hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya. nak cakap kat sini, bukan tak boleh cari kesenangan di dunia, tapi jangan sampai kesenangan di dunia ini memperdayakan kita sampai kita lupa akan tujuan asal kita hidup dan lupa yang hidup ni sementara dan kita akan mati tak lama lagi. kematian adalah perkara yang paling hampir dengan kita.

  • pada hari kiamat sajalah disempurnakan balasan kamu
  • ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya

pada hari kiamat sajalah disempurnakan balasan, kat dunia ni buat la jahat macam mana pun, kadang-kadang Allah balas cash kat dunia, kadang-kadang Allah tangguhkan balasan kejahatan kita di akhirat. tapi kompem-kompem la balasan kat akhirat berkali-kali ganda sakit bro. ayat di atas ada sebut perkataan “berjaya” kan? apa definisi berjaya bagi korang? dapat degree? ade Nissan Skyline? ade banglo 4 tingkat di Petaling Jaya? ada anak 13 orang? atau jadi seorang anak yang soleh/solehah? menjadi hamba Allah yang diredai nya? mana satu? pilihlah sendiri. terang-terang di sebut di dalam ayat di atas, di akhirat kelak, orang yang BERJAYA ialah orang yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga. sekali lagi ditegaskan di sini, tak salah berjaya di dunia. malahan kejayaan didunia mampu memangkin kejayaan kita diakhirat bagi orang yang berfikir. contohnya, kita belajar tinggi-tinggi, dapat kerja yang baik, gaji yang tinggi, harta yang Allah kurniakan itu boleh diinfakkan ke jalan Allah. pangkat dan darjat yang diperoleh boleh dijadikan suatu kredibiliti bahawa umat Islam itu kuat dan berjaya dunia dan akhirat. dengan harta, pangkat dan darjat boleh digunakan untuk berdakwah. semua nikmat yang Allah beri boleh kita gunakan untuk jalan Allah. kita diberi pilihan untuk menggunakan nikmat yang Allah kurniakan ke jalan Allah atau tidak. baru dengar ceramah UAI semalam, berkenaan beza Rahmat Allah dan Nikmat. ustaz cakap contoh rahmat Allah ialah anak-anak kita nanti semua rajin ke masjid solat 5 waktu dan berbakti kepada orang tua. Nikmat contohnya anak-anak kita semua ade degree, phD, master dan PMR (hehehe..). contoh gunakan nikmat Allah ke jalan Allah ialah, motosikal yang kita beli hasil dari nikmat yang Allah beri, kita gunakan untuk ke masjid.

haisy…macam panjang sangat lak saye tulih ni. dah tige hari tulih tak siap2. sampai sini je kot. nanti sambung lagi esok2.

sekian

wallahua’lam.

Thursday, August 2, 2012

pergh! dah berhabuk dah blog ni…

Tiba-tiba malam yang indah ni rase nk update blog. maybe bosan sgt kot. siang tadi kluar. jalan2. cari no celcom yang ade nombor ni 5734. satu ipoh round cari, tak jumpe2..sedih gak.. huhuhu.. sambil2 tu jalan2 cari sluar trek cheetah kt the store. sluar trek kt US mahal la. cam tak berbaloi beli. beli due helai tadi. nk bawak balik sane. senang sikit nnti nak main bola ke ape. pastu g kedai moto, nak tanye berape kos tuka absorber ex5 original, mahal gak. 100++ katenye. lol. cancel la. mane de duit. pastu tambah cover rantai motor, abis kotor motor takde cover rantai. cover rantai lame dah rosak skali ngan absorber lame. huhuhu. pastu, pas asar tadi org g cari kasut. memule g cari kt mizi sport, pergh! smue ori adidas nike mahal kaw2. (harge stended je, tp sbb aku miskin rase cm mahal la) pastu aku g la kedai kasut sentosa kt ipoh jaya, cari kasut power, kualiti ok la gak harge pn ok. aku angkat kale ijau sikit. hehehe..darah hijau bro. IYKWIM. hahaha

sedih gak tak jumpe nombor tu, tp takpe, xkan pernah mengalah, ipoh ni besar, leh cari lagi. hehehe. bulan2 puase ni xbest la asyik tido je..

Hatiku bergetar

setelah sekian lama hati ini sunyi. terasa getaran yang amat dasyat dikala alunan tok imam dari Gaza mengalunkan kalam2 Allah. baru ku tahu bagaimana sahabat2 serta Rasulullah dapat menghidupkan malam dengan solat sunat terawih sehingga ke sahur.

di suatu sudut di hatiku berkata, ‘betapa sunyi nya hati ini tanpa teman’. teman yang dicari untuk mendirikan sebuah masjid yg indah tersergam. begitu banyak yg menduduki carta hati ini namun layakkah daku untuk menjadi imam kepadanya? layakkan daku? sudah cukupkah ilmu didada untuk membimbingnya kesyurga. aku inginkan teman yang setia di dunia hingga ke akhirat. bukan daku terlalu memilih. tidak kumahu yang cantik. hanya yang baik budi pekerti, solehah. nama2 seperti saidatina Aisyah, saidatina Fatimah terngiang2 di telinga. namun mereka adalah wirawati-wirawati Islam yang hebat. tapi tidak mustahil seseorang yang bernama Fatimah yang belajar di Universiti Malaya boleh menjadi hebat seperti mana saidatina Fatimah. tidak mustahi juga seseorang yang bernama Aisyah yang tinggal di Ipoh boleh menjadi secantik saidatina Aisyah dari sudut budi pekerti dan akhlak.

cinta di dunia hanya sementara, namun tidak lah diharamkan atau patut ditinggalkan Cinta itu. Cinta boleh dijadikan alat atau asbab untuk kita mencapai objektif kita yg satu di sana kelak. jangan jadikan cinta dunia ini jalan short-cut ke neraka. pendirianku masih tetap, istilah kapel sudah kupadam dari kamus hidupku. aku akui diriku ini lemah, kadang-kadang tewas dengan diri sendiri. bisikan-bisikan nafsu. maafkan aku. aku bukanlah insan yang sempurna.

aku impikan cinta selepas akad nikah yang sah. aku impikan rumahtangga yang dirahmati Allah. namun aku sendiri juga yang memusnahkan impian itu dek kerana terpedaya dengan bisikan-bisikan nafsu/syaitan. masih belum terlambat lagi untuk berundur setapak. memanglah tidak dinafikan kesan tapak kaki kita itu akan terus kekal disitu, namun itu lebih baik daripada kita tidak mengikut ‘jalan yang lurus..’ yang setiap kali kita solat kita sebutkan ayat itu. “ihdinassirotol mustaqim..". kasih sayang yang terbit ini, semoga Allah merahmatinya. ingin sekali kusayangimu hanya kerana Allah taala.

maafkan aku. aku langsung tidak berniat untuk melukakan hati sesiapa.

_DSC6588

Sunday, May 13, 2012

Muhasabah

 

Sesungguhnya aku hanya manusia biasa yang penuh dengan dosa,

Aku tak mampu lagi menanggung dosa-dosaku

Terasa diriku ini sungguh lemah dengan godaan syaitan

Ya Allah, lindungilah hambamu ini Ya Allah

dari godaan syaitan, dari nafsuku sendiri, dari kejahatan-kejahatan yang hadir di sekelilingku

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku Ya Allah

Tetapkanlah pendirianku, berilah daku taufik dan hidayahmu Ya Allah

Janganlah dibolak-balikkan hatiku setelah mendapat hidayahmu Ya Allah

Jadikanlah daku hambamu yang sejati, menjalankan tugas-tugasku selaku khalifah dan hambamu

Sunday, April 22, 2012

Perubahan

 

aku bersyukur, Allah masih sayangkan aku, diberi sahabat-sahabat yang cukup baik membimbing dan menasihatiku. Ukhwah yang terjalin, ikatan persahabatan yang terbentuk terase indah di mate. Aku akui, dulu aku masih tak sedar ape tujuan hidup aku kat atas muke bumi ni. Terasa hidup ni serabut bagai nak rak. hidup tak tentu hale. amalan jahiliyyah berleluase. tak sedar pun diri ni dah kene “Brainwash” sejak kecik. dah diserang pemikiran. terase jahil sangat dulu-dulu. di sini aku nak berkongsi saat-saat indahku di mana aku berjuang berhabis-habisan (takkan habis..) untuk berubah menjadi insan yang lebih baik untuk dijadikan teladan. aku dulu ialah seorang ‘perokok’ yang agak tegar. puas sahabat-sahabatku memberikan nasihat dengan pelbagai care. dalam usrah ade disebutkan, dipetik name sane sini. tapi bile hati ni dah hitam, memang susah nak terime dan nak berubah. tapi satu analogi yang diberikan sahabatku dalam usrah dimana beliau bertanye, apakah itu “Mumayyiz”? lalu kami pun jawab, “Dapat membezekan antare yang baik dengan yang buruk”. dan dibangkitkan pula persoalan, “Adakah kite telah benar-benar dapat membezakan antare yang baik dengan yang buruk?” dulu-dulu ingat mumayyiz tu budak-budak sekolah rendah & tadika dah mumayyiz dah. tapi macam mane dengan kite? bile fikir-fikir balik, betulkah kalian dapat membezakan baik dengan buruk? betul ke? ye ke…? tipu lah..

lalu aku pun bertanye pade diri sendiri “eh, merokok tu kan tak baik, abih aku belum mumayyiz lagi ke? malunye” sejak hari itu pun aku telah menanam azam, tabiat buruk yang telah terbine sejak form 3 itu akan aku padam selamanye. tapi, faham-faham je le manusie ni mudah lupe, azam punye azam, tangguh demi tangguh, tak berhenti-berhenti jugak. Syaitannirrajim dan nafsu terus menguasai diri tanpa aku sedari. tapi azam itu terus kekal dalam hati walaupun makin pudar.

akhirnye pade suatu hari yang indah (setiap hari pun indah belake..) dikatekan ade program “Ghuzwatul Fikr” di Tennessee, “rase macam nak pergi, best ke?”, bentak hatiku. suatu malam ni, ade orang share satu link video mengenai kisah “rokok di Indonesia” ni Link untuk video tersebut yang memaparkan bagaimana musuh-musuh Islam secare halus menyerang umat Islam dengan “industri tembakau”. sehinggakan remaje-remaje sekolah pun isap rokok selambe derk je. terase sangat-sangat kesal dengan kemenangan pihak musuh Islam dalam menjatuhkan umat Islam dalam sebuah negare Islam tu sendiri, tu baru negare luar, tengok negare kite sendiri, Malaysia, lebih kurang je bro. pastu dalam satu insiden yang berbeze, tengok video rakyat Syria lak dibunuh kejam, anak-anak jadi yatim kematian ibu bape, dan macam-macam lagi lah dugaan dan cabaran umat Islam seluruh dunie. cube bayangkan, kite ni umat Islam, tak terase ape-ape ke tengok saudare-saudare seIslam kite dibelasah cukup-cukup diluar sane?

satu je persoalan yang timbul dalam hati ni yang sampai sekarang dijadikan motivasi pade diri sendiri; “Umat Islam seluruh dunie berjihad menegakkan Islam, menempuh pelbagai ranjau onak dak duri, darah mengalir sane-sini, hidup melarat, kelaparan, bom sane-sini, peluru menembusi badan dengan sewenang-wenangnye, TAPI aku?? aku Islam gak! ape dugaan dan cabaran yang aku terime?? sikit je bro kalau nak dibandingkan dengan saudare-saudare kite bro..setakat nak jage pandangan dari tengok aurat, bangun solat subuh, dan dalam konteks perbincangan kite harini, dugaan dalam bentuk “Kesusahan meninggalkan amalan jahiliyyah iaitu merokok” cube bandingkan mane lagi susah>> (stop hisap rokok atau mak ayah kite dibunuh depan mate dengan kejam?) ce pikir sejenak? tu baru satu contoh bro. Umat Islam kat sane kene uji dalam bentuk sebegitu rupe, tapi kite kat sini, kat Malaysia ke kat mane-mane pun atas muke bumi ni ce fikir, ape la sangat ujian yang menimpe kite? setakat dapat C exam, aku pnah dapat fail beb, down giler mase tu, mase tu jahil lagi, tak faham lagi qada’ dan qadar Allah. fikir-fikirkan lah, ape la sangat ujian yang kite hadapi sehari-hari berbanding mereka di luar sane. Mujahadah melawan nafsu, bersungguh-sungguh, berjihad melawan nafsu, mudah je, tapi ramai ke dalam kalangan kite yang berjaye buat bende ni? nak kire ramai yang sedar pun susah bro. ni satu ayat power dari al-Quran (Al-'Ankabut:ayat 2) :

29_2
yang membawa maksud : Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?(Al-'Ankabut:ayat 2)

dalam erti kata lainnye, “ko kate ko orang beriman kan? cukup ke ujian yang pernah ko dapat sampai leh dapat title beriman tu? ingat tak Bilal bin Rabah? Sumaiyah? ko belum kene uji lagi dah ngaku beriman? sedangkan ujian kecik pun ko tak lepas, takyah cakap besor la der”
dan lagi satu video ni sangat menyentuh jiwe ni yang dahagekan iman, video oleh Dr. Asri. Sebak beb. tak tipu maa..

kemudian berlaku lah refleksi kepade diri sendiri selaku umat Islam, pemegang panji-panji Islam. Bayangkan korang kan selalu pakai jersi bola Barciluna, Rial Madreed, Menyu, Chelsi, dan macam-macam lagi, tapi di sini tanpe korang sedar, korang pakai “JERSI ISLAM” jersi yang lebih besar martabat nye disisi Allah. lihat sekarang ni dimane umat Islam berade? walaupun ramai, tapi kite sekarang kat bawah bro. nak naikkan Islam kene mule dari individu Islam itu sendiri, jadi..bile fikir-fikir balik, diri ni teruk sangat dan macam tak layak pakai “JERSI ISLAM”. bermule lah terase ingin berubah menjadi Muslim sejati seperti Rasulullah SAW dan para Sahabat-sahabat. dose macam pasir-pasir kat pantai. tapi ade satu ayat Quran yang aku bookmark kat dalam iphone ni..(Al-Naml : ayat 17)
27_11
Maksudnye, “Tetapi sesiapa yang berbuat salah, kemudian ia mengubahnya dengan melakukan kebaikan sesudah berbuat salah, maka sesungguhnya Aku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (Al-Naml : ayat 17)

kat sini, terang-terang Allah beritahu kalau sesiape yang berbuat salah, maka ubahlah dengan berbuat kebaikan, Allah maha pengampun. di sini nak tunjuk, betape kite perlu berharap pade Allah untuk mengampuni segale dose-dose kite, kite perlu bertaubat. jadi, aku rase aku ni dah banyak sangat buat salah banyak sangat dose, tapi Allah Maha Pengampun! UAI pun cakap lam ceramah die, “manusie xleh lari dari buat dose tapi pelik, kenape tak mau mintak ampun pade Allah”. muhasabah le diri sendiri, kite sendiri taktaw pun bile kite akan mati, entah-entah esok mati ke, sape taw beb? Allah je yang taw bro. Firman Allah dalam surah Al-Zumar berbunyi begini: “Katakanlah wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (As-Zumar: 53). jadi di sini Allah mengingatkan kite bahawe Allah tu MAHA pengampun! taw tak MAHA tu ape?

MAHA=ULTIMATE, jadi Allah akan mengampunkan sesiapa saje yang Allah kehendaki sekiranya die bertaubat. banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan kelebihan bertaubat, boleh buke sendiri al-Quran tu, bace, tadabbur, sebab, bagi aku, al-Quran tu sendiri mengandungi pelbagai mukjizat, aku sendiri penah merase, di mane timbul persoalan dalam diri sendiri, dan terus terjawab apabila membace dan mentadabbur ayat-ayat suci Al-Quran. ku inginkan hidupku, “Hidup dibawah bayangan al-Quran” terbayang betape indahnye hidup di bawah bayangan al-Quran yang merupakan surat-surat cinta dari sang Pencipta kepade kite.

nak dijadikan cerite, sebelum ke program “Ghuzwatul Fikr”, ade gak cabaran lain, kewangan, kekangan mase dan godaan syaitan suruh jangan pegi program, contohnye, “isy ko tu takde la baik sangat, takyah ar pegi program, baik ko keje dowh”, syaitan berkate-kate. lame gak aku bertarung ngan perasaan sendiri, nafsu dan syaitan dalam membuat keputusan untuk pergi ke program tersebut. namun berkat doa, dan sokongan sahabat-sahabatku di sini. akhirnye aku memutuskan untuk pergi ke program tersebut. dengan penuh tekad “Untuk berubah menjadi lebih baik untuk mase hadapan”. dalam erti kate lainnye, sebelum aku pergi program tu, aku dah berjanji pade diri aku di mane sepanjang program yang berlangsung selame seminggu tu, aku nak didik, ajar, menahan diriku dari menghisap rokok yang terang-terang membahayekan kesihatan. keputusan dibuat bersame-same seorang lagi sahabat seperjuangan yang juge serumah, Azam Fikri. memang dah bertekad nak stop terus time tu!

nak dijadikan cerite ni lagi menarik, Program anjuran MISG tu sendiri ade mempunyai kaitan dengan diriku selaku “smokers” yang bajet isap rokok macho tu. sebenarnye, diri aku sendiri pun tak suke aku hisap rokok, busuk, tak suke diri ni terlalu bergantung pade bende tu, ketagihan yang melampau, terase hidup ni serabut sangat dengan rokok. sikit-sikit pergi isap rokok, penuh puntung kat luar tu ha… sampai bombe dtg pun marah. jadi, dengan izin Allah yang maha kuasa, aku hadir ke program tersebut, dan memang selame ni aku selalu berdoa pade Allah agar aku diberi petunjuk dan kekuatan untuk berhenti merokok. dalam program tu, aku ade belajar jenis-jenis serangan pemikiran yang dilancarkan musuh Islam terhadap umat Islam, iaitu 4S:
  • Song
  • Sex
  • Sport
  • Smoke
jadi memang terang-benderang, industri tembakau memang digunapakai untuk melemahkan umat Islam! video ini menjadi bukti kepade sesiape yang terase macam aku ni hanye timbulkan kontroversi je. tatapilah video ini dan buat sendiri penilaian. Alhamdulillah, sepanjang program, ukhwah terjalin, “nicotine withdrawal symptoms” dapat dibendung dengan sokongan sahabat-sahabatku. lupe lak nak citer, dalam mase yang same aku ade amik supplement ni yang aku beli kat amazon, sape-sape yang nak cube boleh je, alhamdulillah membantu. sebab, nicotine adalah dadah yang sangat meng”ketagih”kan, sape-sape yang tak pernah hisap rokok takkan taw macam mane rasenye bile “sangap” tu datang. Alhamdulillah, dengan izin Allah yang maha kuasa, dah sebulan lebih dah aku berhenti merokok. sebenornye aku penah stop dulu, selepas SPM, 2 tahun berhenti bro. tapi, tu la, bile mujahadah tu tak berlandaskan Islam dan mengharapkan keredaan Allah, akhirnye tewas gak ngan godaan Syaitannirrojim.

nak taw ape rasenye bile aku stop? seronok beb! bile seronok, aku rase nak share ngan semue orang, jadi memang aku cerite la kat semue orang, betape indah, bahagienye hidupku tidak lagi dibelenggu dengan amalan jahiliyyah tersebut. Bahagie sangat-sangat bro! series tak tipu, xcaye try r. sahabat aku sorang ni Syamir ade cakap, bile dah stop nanti kene la isi mase yang sebelum ni digunakan untuk hisap rokok ke arah yang lebih baik, jadi aku bace Quran, eh, bace bukan saje-saje je, pas bace, tadabbur/fahamkan isi kandungan. lepas belajar care berinteraksi dengan al-Quran, memang rase seronok tadabbur kalimah-kalimah Allah.
itu sajelah dari diriku yang hine ini.