Tuesday, August 28, 2012

Puisi untukmu..

 

 

di atas tali kasih sayang ini ku bina sebuah cinta
setelah kekecewaan demi kekecewaan kutemu dia
hampir sahaja diri ini berputus asa
namun kukuatkan kutabahkan juga
kerna kutahu engkau adalah satu dalam sejuta
maafkan aku kerapkali kubuat kau kecewa
izinkan daku berkongsi air mata
denganmu kurasa bahagia
hidupku tidak lagi serupa
hatiku tidak lagi gundah gulana
hati ku yakin kau kan setia
di atas tali kasih sayang ini kulilitkan ikatan setia
antara aku dan dia tiada lagi rahsia
kuharap semua ini berkekalan hingga ke akhirnya
harapanku ini bukan angan kosong semata
tapi benar ku akui aku telah jatuh cinta
setelah sekian lama
pintu hatiku tidak dibuka
kasihmu rindumu sayangmu jelas terasa
dihatiku hanya kau bertakhta
kuharap dihatimu pun begitu juga

1 comment:

  1. assalammualaikum..
    ye, hanya di sebuah ikatan tali kasih sayang.. harap, ianya takkan putus sampai bila2..

    ReplyDelete