Tuesday, December 11, 2012

Rahmat dan Kasih Sayang Allah

 

Pernahkah anda berada dalam suatu situasi dimana anda rasa segalanya berserah dan bertawakkal kepada Allah, pencipta kita dan sekalian alam? Pernahkah anda merasa betapa kerdilnya diri disaat Allah menyelamatkanmu dari kecelakaan? Pernahkah anda merasa betapa nikmatnya kehidupan di dunia yang sementara ini? Walaupun kita kadangkala terpesong, melakukan dosa, namun rahmat Allah itu luas. Umat-umat terdahulu akan terus ditimpa bala sekiranya langgar perintah Allah. Kita? Kalaulah dosa kita diperlihatkan kepada semua, nescaya aku pun tidak akan keluar rumah kerana malu. Betapa banyaknya dosa kita seperti pepasir, betapa hinanya kita yang berdosa dengan PENCIPTA kita, tidakkah kita berasa malu untuk berdepan denganNya setiap kali solat? Tidakkah sepatutnya kita mengharapkan keampunan dan keredaan dari Allah setiap kali dalam solat kita?

Fikirkanlah semua ini, betapa banyaknya nikmat yang kita perolehi didunia ini. Adakah kita dalam kategori hambaNya yang bersyukur? Dalam suatu hadis yang dikatakan Nabi Muhammad bersolat sehingga bengkak-bengkak kaki baginda dan apabila ditanyakan mengapa mesti begitu sedangkan Baginda seorang yang maksum (suci dari dosa), Baginda menjawab, “salahkah aku menjadi seorang hamba yang BERSYUKUR?”. Sedangkan Nabi sendiri bersyukur, siapakah kita untuk tidak bersyukur kepada Allah?

Setiap kali bangun dari tidur, sepatutnya kita bersyukur, dikurniakan lagi masa untuk beramal ibadah, bersedia untuk hari Akhir yang Pasti akan tiba. Tahukah kita bila ajal kita akan menjelma? Bila-bila saja nyawa ini boleh ditarik oleh malaikat. Suatu persoalan ingin aku bangkitkan disini, “adakah kita yakin yang kita akan hidup menjelang esok hari?”. Salah satu tips untuk khusuk dalam solat ialah, kita merasakan setiap kali kita solat, ialah solat yang terakhir bagi kita, contohnya kita solat Subuh, adakah kita pasti kita akan hidup sampai Zuhur? Ajal tu datang secara tiba-tiba. Janganlah kita tergolong dari orang yang akan menyesal tatkala ajal menjemput nanti dan merayu-rayu untuk dikembalikan semula ke dunia untuk beramal soleh. It’s TOO LATE dude!