semalam aku telah terima suatu berita yang sangat-sangat mengejutkan aku. Seorang teman, yakni rakan sekolah ku (SEMESTI) dahulu telah pun meninggal dunia. Seawal usia 22 tahun dia telah pergi meninggalkan kita. Baru sahaja beberapa minggu lepas aku berjumpa dengan dia semasa hari raya ke-5 tak silap. Tak sangka itulah kali terakhir aku akan berjumpa dengannya. Seperti yang kita sudah lama tahu, setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Tahun lepas bulan 12 arwah tokwan ku Hassan Basri telah meninggal dunia dan aku sedang berada di sini belajar. Sungguh tak kusangka-sangka pesanan terakhir tokwan ku itu jadi kenyataan. Masih ku ingat lagi tokwanku cakap “nanti mal balik tokwan dah takde dah”, aku pun jawab “alaa tokwan jap je nanti mal balik jumpe tokwan ye..”ujarku sekadar ingin menyedapkan hati sendiri dan berfikiran lebih positif, lebih kurang macam tu la dialog ku dengan tokwan ku itu sewaktu lebih kurang due tige minggu sebelumku berlepas ke sini. Tapi sudah ketentuan Ilahi bahawa tokwan ku sudah pergi, begitu juga kawanku itu. Benar lah maut menjemput tidak kira usia dan di mana-mana dan pelbagai sebab. Sahabat ku itu meninggal kerana demam panas. Ramai yang tidak sangka, hanya kerana demam panas, Malaikat Maut datang menjemput nyawa keluar dari badan. Hidup ini hanya sementara kawan-kawan.
Teringat pula akan ceritera cik F padaku bahawa dia pernah terlibat dalam kemalangan yang hampir-hampir mencabut nyawa nya. Aku yang mendengar cerita itu pun takut dan cuak. Sesungguhnya semua yang berlaku mengandungi hikmahnya. Boleh saja Allah masih lagi memberi peluang untuk kita hidup hari ini kerana inginkan kita memperbanyakkan amalan-amalan kita yang masih belum cukup lagi. Dan boleh saja Allah menarik nyawa seseorang itu supaya kurang dosanya di atas muka bumi ini. Sesungguhnya peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas diri kita mahupun orang-orang di sekeliling kita ialah untuk pengajaran kepada kita. Kepada cik F, aku bersyukur Allah mempertemukan aku dengan mu. Semoga hubungan ini dirahmatimu ya Allah.
No comments:
Post a Comment