Sunday, September 23, 2012

hati batu

 

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 74.

[2:74]

yang membawa maksud;

 

Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.

 

aritu tengah2 tadabbur Quran tibe2 terlintas dengan ayat ni. terase sangat. hati yang keras seperti batu dek kerana dosa2 lampau. adakah kita salah seorang dari orang yang berhati keras? barangkali Allah dah berikan petunjuk dan hidayah kepada kita tapi hati kita yang terlalu keras untuk menerima dan mengikut petunjuk dan hidayah yang Allah beri.

dalam ayat ini, hati telah disamakan dengan batu. mari kita lihat apakah ciri2 batu yang sama dengan hati kita. cewaah.. batu tu keras kan.

Namun dalam ayat ini diceritakan di antara batu2 itu ada yang mengalir air sungai, kat malaysia banyak kan batu kat sungai ngan air terjun? kan3? hehehe.. cube lihat batu tu, die macam terbentuk setelah hakisan2 berlaku dalam air dalam jangka masa yang lama. secara “Berterusan” dan istiqamah. begitu juga hati kita yang kalau keras seperti batu, ianya bisa dilembutkan tapi dengan syarat kena berterusan la.

ada batu yang pecah2 dan keluar mata air darinya, mungkin dalam konteks ayat ini menerangkan walaupun hati ini dah keras seperti batu, penuh dengan dosa dan maksiat namun dalam setiap hati2 manusia mesti dahagakan sesuatu yang berbentuk kebaikan.

ada batu yang jatuh takut kepada Allah. lihat saja komet, meteor, batu yang begitu besar jatuh ke bumi kerana takud pada Allah, hinggakan batu dari gunung ganang yang jatuh dek kerana tanah runtuh dan sebagainya. sedangkan batu pun takut pada Allah, inikan kita makhluk ciptaan Allah yang begitu kerdil, mempunyai akal yang sehat untuk berfikir.

Allah tidak sekali kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan. disebutkan disini sebagai peringatan kepada kita. setiap apa yang kita kerjakan, sentiasa dalam pengawasan Allah. jadi. beringat-ingat lah.

sekian

Monday, September 10, 2012

Teman Pengganti

 

Sejak kebelakangan ni…aku asyik layan lagu ni je… tak tahu kenapa, lagu ni begitu menusuk kalbu, begitu terasa kesannya dalam hati.

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/06/lirik-lagu-teman-pengganti-black-ft.html#ixzz262GeGbcu

Sejak kebelakangan ini, berita-berita kematian seringkali kudengari. Seorang sahabatku dari SEMESTI dahulu telah meninggal dunia baru-baru ini dan beberapa orang ahli keluarga rakan-rakanku termasuk cik F telah pergi meninggalkan kita. Sesungguhnya mati itu ialah suatu kepastian (sebut dalam English : certainty)

Pelbagai tafsiran telah dilakukan terhadap bait-bait dalam lagu ini. Bagiku lagu ini ialah luahan hati seorang lelaki yang mungkin bergelar suami dan ditujukan kepada isterinya. Mungkin si-suami itu ada menyimpan rahsia tentang penyakit kronik yang dihadapinya dan mungkin dia tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup di dunia ini. Walaupun perit namun dia tetap memesan supaya si isteri itu cari teman pengganti setelah dia pergi mengadap ilahi.

Setelah mengetahui bahawa dirinya akan pergi meninggalkan dunia ini, dia mula mencari-cari siapa dirinya yang sebenar, apakah yang akan dilakukannya? kitab yang disebut dalam lagu ini mungkin adalah kitab suci Al-Quran yang menjadi “manual” hidup kita yang paling penting. Sesungguhnya hidup di dunia ini hanya sementara, dunia ini ibarat suatu “exam” kepada kita, ibarat suatu penjara, yang mana hanya yang faham akan fakta dan realiti ini sahaja yang akan berjaya melepasi ujian yang getir ini.

Sunday, September 9, 2012

Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Merasai Mati

 

semalam aku telah terima suatu berita yang sangat-sangat mengejutkan aku. Seorang teman, yakni rakan sekolah ku (SEMESTI) dahulu telah pun meninggal dunia. Seawal usia 22 tahun dia telah pergi meninggalkan kita. Baru sahaja beberapa minggu lepas aku berjumpa dengan dia semasa hari raya ke-5 tak silap. Tak sangka itulah kali terakhir aku akan berjumpa dengannya. Seperti yang kita sudah lama tahu, setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Tahun lepas bulan 12 arwah tokwan ku Hassan Basri telah meninggal dunia dan aku sedang berada di sini belajar. Sungguh tak kusangka-sangka pesanan terakhir tokwan ku itu jadi kenyataan. Masih ku ingat lagi tokwanku cakap “nanti mal balik tokwan dah takde dah”, aku pun jawab “alaa tokwan jap je nanti mal balik jumpe tokwan ye..”ujarku sekadar ingin menyedapkan hati sendiri dan berfikiran lebih positif, lebih kurang macam tu la dialog ku dengan tokwan ku itu sewaktu lebih kurang due tige minggu sebelumku berlepas ke sini. Tapi sudah ketentuan Ilahi bahawa tokwan ku sudah pergi, begitu juga kawanku itu. Benar lah maut menjemput tidak kira usia dan di mana-mana dan pelbagai sebab. Sahabat ku itu meninggal kerana demam panas. Ramai yang tidak sangka, hanya kerana demam panas, Malaikat Maut datang menjemput nyawa keluar dari badan. Hidup ini hanya sementara kawan-kawan.

Teringat pula akan ceritera cik F padaku bahawa dia pernah terlibat dalam kemalangan yang hampir-hampir mencabut nyawa nya. Aku yang mendengar cerita itu pun takut dan cuak. Sesungguhnya semua yang berlaku mengandungi hikmahnya. Boleh saja Allah masih lagi memberi peluang untuk kita hidup hari ini kerana inginkan kita memperbanyakkan amalan-amalan kita yang masih belum cukup lagi. Dan boleh saja Allah menarik nyawa seseorang itu supaya kurang dosanya di atas muka bumi ini. Sesungguhnya peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas diri kita mahupun orang-orang di sekeliling kita ialah untuk pengajaran kepada kita. Kepada cik F, aku bersyukur Allah mempertemukan aku dengan mu. Semoga hubungan ini dirahmatimu ya Allah.

Quarter (semester) baru 2012 (Fall 2012)

 

Setelah 3 bulan bercuti di kampung halaman di Ipoh, Perak, Malaysia, akhirnya aku pulang ke sini untuk meneruskan perjuangan. Perjuangan yang tidak seberapa panjang. Setelah aku kira-kira, tak sampai setahun (dalam 10 bulan) untukku menghabiskan sisa-sisa hidupku sebagai pelajar undergraduate. Pelbagai perasaan yang mengalir dalam hatiku. Pelbagai emosi menyerang lubuk sanubariku. Setelah sampai di Rochester, New York ini, sampai di rumah sewa bersama rakan-rakan yang lain, aku mula mengemas bilikku kemudian aku amati jadual pembelajaranku untuk quarter ini. 3 subjek keseluruhannya yang aku kena belajar selama lebih kurang dalam 3 bulan yang akan datang. 12 kredit (minimum 12 kredit..hihihi) tapi..tiga-tiga subjek ini agak mencabar, tiga-tiga 4 kredit, tiga-tiga ada 3 jam lab dan tiga-tiga kene buat lab report…huhuhu… tapi takpe, akan ku sahut cabaran ini…

Petang-petang aku pergi jogging keliling Park Point (macam keliling taman park point la…) sebelum pergi main volleyball dengan rakan-rakan. Stamina 0% lepas balik rumah! kat rumah jarang-jarang sekali bersenam. huhuhu… esok (ahad) ade tournament indoor soccer dah. Tak tahu boleh main ke tak, takut pancit di tengah jalan je…hehehe…tapi takpe, akan aku coba yang terdaya!

9/9/2012 (9.45pm) fuhh..alhamdulillah menang.. 4-2.. teruk gak la sebab bolos due, defend kantoi ag la..hihihi..stamina pn teruk gak..
adooii..asyik main je..stadi nye bile entah..nak start stadi lah mlm ni..huhuhu..

Saturday, September 8, 2012

Ceritera

 

 

ada apa pada usrah
[kredit]

hari ini  nak menceritakan sedikit cerpen (cerita pendek) mengenai kehidupan. Kehidupan siapa? siapa lagi? kehidupan seorang insan, hamba Allah yang telah diberi nama oleh mak ayah Mohammad Akmal bin Adnan. Kehidupan di mana? di mana-mana sahaja lah. Tapi fokusnya disini ialah kehidupanku sebagai hamba Allah yang sering terleka, sering terjerumus melakukan dosa, sering saja tersilap langkah dalam kehidupan. Namun Allah Maha penyayang lagi Maha pengasihani sentiasa menunjukkan jalan yang benar/lurus padaku yang kadangkala aku ikut (bila iman menebal) dan kadangkala aku terpesong dari jalan (bila iman lebih nipis dari cell membrane).

Semalam, dalam bulatan gembira yang sangat-sangat menggembirakan hati ini yang setelah sekian lama (3 bulan kot…) kering tak terisi dan rindu untuk berbulatan gembira dengan sahabat-sahabat di sini, aku dan sahabat-sahabat lain diajukan soalan berbunyi lebih kurang begini; “berapa lamakah anda dah join bulatan gembira ini dan apakah kesan dalam kehidupan seharian?” Aku terpaku terdiam namun begitu banyak monolog dalaman yang timbul. Aku sejak sekolah, tidak pernah didedahkan dengan perkara-perkara sebegini, agak hampa dan kecewa gak sebab lambat namun dalam masa yang sama bersyukur kerana telah dipertemukan dengan suatu fikrah (pemikiran) dan pergerakan yang selama ini rohaniku begitu damba-dambakan. aku seorang muslim, dulu, sepertimana kebanyakan muslim-muslim di Malaysia, belajar “Pendidikan Islam” sejak sekolah rendah (maybe ade yang dari tadika atau taska) namun terasa kosong (lagu kosong najwalatip berkumandang..hehehe). Terasa kecewa gak masa sekolah menengah tiada penggerak untuk menjalankan “modus operandi” ini yang insyaAllah bisa membangkitkan fikrah Islam yang sebenar dalam setiap insan yang memiliki kad pengenalan yang tertulis diatasnya perkataan “ISLAM”. Sebab majoriti sahabat-sahabat ku ada pengalaman berbulatan gembira sejak sekolah menengah. Saye akui aku seorang yang jahil. Sejak sekolah dahulu seringkali diri ini terpesong dari jalan-jalan Islam yang sebenar, solat tidak sempurna, al-Quran selalu gak bace tapi..kosong..tak bace pun tafsir nya. Aku akui diriku ini walaupun telah faham dengan apa yang kubawa ini seringkali leka dan tidak bersyukur dengan taufik dan hidayah yang Allah berikan padaku ini. Seringkali aku tewas dan kalah dengan hasutan syaitan dan melakukan dosa-dosa. Aku kecewa dengan diri sendiri dan setiapkali terfikirkan akan dosa-dosaku itu, aku sebak.. T-T
Hanya yang ku harapkan ialah pengampunan dari Allah yang maha pengampun. Aku harapkan setiap umat Islam mempunyai perasaan seperti ini. Tujuan entri kali ini ialah untuk memberitahu apakah yang aku rasa dan lalui sepanjang kehidupanku di sini.

pernah dengar tak perkataan usrah, dakwah, tarbiah?
mesti pernahkan. hehehe.
tapi tak kujangka akan aku dengari perkataan-perkataan di atas dengan banyak sekali di sini (US).

Setulusnya aku berase amat gembira, bahagia, dan segala perasaan positif yang dikurniakan Allah kerana aku dipertemukan dengan semua ini. Sahabat-sahabat yang baik, fikrah Islam yang sebenar, bulatan gembira yang sangat-sangat banyak mengajar aku erti kehidupan ini yang hanya sementara, dan tujuan hidupku di atas muka bumi ini. Aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana aku dipertemukan dengan semua ini di tempat yang tak di sangka-sangka iaitu Amerika Syarikat, pusat segala amalan jahiliyah dan penyebaran fikrah-fikrah yang banyak memesongkan umat Islam dari landasan Islam yang sebenar.

soalan ini ditanya kepada ku; “apakah tujuan aku join bende ni?” dan mungkin bukan hanya aku sahaja yang diberi persoalan ini, ramai diantara manusia-manusia di luar sana termasuk umat Islam di Malaysia pasti mempersoalkan kenapa ada yang menyertai usrah, bulatan gembira dan sebagainya. first thing first, korang nak masuk syurga tak? mesti nak kan..? kalau nak masuk syurga perlu buat apa? solat, patuh perintah dan jauhi larangan Allah, amar ma’ruf nahi mungkar (berpesan kepada kebaikan dan larang kemungkaran). Itulah jawapan skema SPM atau UPSR..hehehe. apakah yang lebih praktikal untuk kita lakukan semua ini. sebelum itu mari kita fikirkan balik apakah tujuan kita hidup di muka bumi ini? mari kita selak sikit Kitab manual hidup, iaitu Al-Quran, cari surah al-Baqarah ayat 30 (2:30) dan surah Al-Zariyat ayat 56 (51:56) alaaa..bukak la jap.. dah berabuk dah Quran tu kat atas almari. Kalau takde, yang tengah bace post ni takkan takde internet, nampak beno nipunye..google-google la sikit. tak pun klik je kat link di atas. ini lah pesanan Allah bagi seluruh umat manusia. Kita sebagai umat Islam kene tahu bende ini, tak ade ajar kat sekolah taw (maybe ade tapi aku je yang slalu tido dalam kelas..hehehe). Tujuan hidup kite kat atas bumi Allah ni. Menjadi khalifah di bumi dan beribadah kepada Allah. First, khalifah..apa yang terlintas di fikiran korang bila dengar perkataan khalifah? mesti terfikir akan khalifah-khalifah zaman Uthmaniyah dan Khulafa' Arrasyidin yang kita belajar time skolah menengah dulu..kan..kan..kan..? hehehe..khalifah dalam konteks ayat diatas (berdasarkan ilmu yang aku ade je la..) bermaksud mengimarahkan muka bumi ini dengan Islam, Islam berada di puncak dunia, Islam di mana-mana, sistem Islam diamalkan di seluruh muka bumi, hukum-hukum Allah dilaksanakan di seluruh dunia dan Umat Islam berjaya dan menjadi pemimpin di muka bumi ini. Kalau nak tengok berdasarkan konteks masa kini, agak-agak dah tercapai ke belum tujuan hidup kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini?

ya Allah! dah pukul 10.45 pagi! kelas pukul 11! jap-jap sat ag aku sambung ye..hehehe

haa..hari ini hari Jumaat..penuh dengan keberkatan, aku tadi pergi kelas..sejam je..11 sampai 12 tengah hari..pastu pegi lab kire cell colony daripada sample tanah-tanah sekitar US ni..eh meroyan lak petang-petang ni..sat agi nak main bola tampar..tapi takpe..nak menaip jap..hehe..

berbalik pada topik asal kite, khalifah. Masih belum tercapai lagi objektif hidup kita. Dan selagi mana objektif itu tidak tercapai, kita akan terus menggalas tanggungjawab untuk menghidupkan kembali “khalifah” itu dalam diri kita, masyarakat, negara dan umat manusia sejagat. bagaimana? itulah yang sedang diri ini lakukan, bukan aku sorang saja..seluruh umat manusia..mengikuti usrah berbulatan gembira. Rusia, UK, Japan, New Zealand, Australia, Zimbabwe (eh..insyaAllah ade..hehehe) dan MALAYSIA yang utamanya. Objektifnya? melahirkan manusia yang benar-benar faham Islam (tidak hanya pada kertas periksa) dan menjadi tunjang dalam setiap pelusuk masyarakat sama ada dari tampuk kepimpinan hinggalah kepada masyarakat biasa. Sila rujuk gambar di atas sekali, bulatan gembira ini lah yang akan dijadikan batu-bata untuk membina empayar Islam yang dahulu nya begitu kuat. kerana pada hakikatnya, Islam sekarang diperkotak-kasutkan oleh musuh-musuh Islam. Seluruh umat Islam didunia sekarang sedang tenat. Di Syria, Palestin, Myanmar malahan di Malaysia (walaupun tak perang tapi memang tenat..tak caye bace paper..banyak yang mati..di jalan raya, dalam tandas dan juga tong sampah..if you know what I mean). Jadi pada dasarnya, untuk menegakkan Islam kembali di persada dunia, umat-umat Islam seharusnya menegakkan Islam kembali dalam diri masing-masing. itu lah yang sedang kami lakukan, yang sedang aku usahakan, iaitu menegakkan kembali Islam itu sendiri dalam diriku sendiri. Walaupun sering tewas dengan tipu daya dunia yang sementara dan godaan syaitan, namun aku takkan mengalah. takkan.

Objektif kita untuk ke mendapatkan keredaan ilahi dan seterusnya ke syurga. untuk kesana kita perlulah melakukan apa yang terdaya untuk menggapai objektif-objektif kita tadi iaitu khalifah dan juga ibadah. Dalam konteks ibadah pula, bulatan gembira ini mengajar aku erti ibadah yang sebenar, kenapa aku perlu beribadah, dan bagaiman untuk berusaha supaya ibadah itu diterima oleh Allah. Yang paling aku suka dalam mengikuti bende ni ialah tadarus dan tadabbur al-Quran. Siyes aku cakap, dulu aku bace Quran macam kure-kure..kure-kure tu lagi laju kot..tapi Alhamdulillah sekarang dah semakin lancar walaupun masih banyak yang perlu diperbetulkan. Tapi bukan tu saje aku nak cakap. Al-Quran, siyes best bace..tak tipu..bukan bace je best, yang paling best ialah part tadabbur tu. before ni bace je tapi tak faham. sekarang aku dah belajar bagaimana untuk berinteraksi dengan Quran (akan kuceriterakan dalam episod akan datang) dan memahami Quran dalam konteks kehidupan seharian. Yang bestnye lagi, bile pegi kelas tafsir anjuran Muslim Student Association (MSA) sini tiap-tiap minggu, aku belajar surah-surah pendek dan maksud disebalik ayat-ayat itu supaya lebih khusyuk dalam solat bila baca surah tu nanti.

begitulah alkisah nya..akan bersambung di masa akan datang..
sekian..