Tuesday, August 28, 2012

Puisi untukmu..

 

 

di atas tali kasih sayang ini ku bina sebuah cinta
setelah kekecewaan demi kekecewaan kutemu dia
hampir sahaja diri ini berputus asa
namun kukuatkan kutabahkan juga
kerna kutahu engkau adalah satu dalam sejuta
maafkan aku kerapkali kubuat kau kecewa
izinkan daku berkongsi air mata
denganmu kurasa bahagia
hidupku tidak lagi serupa
hatiku tidak lagi gundah gulana
hati ku yakin kau kan setia
di atas tali kasih sayang ini kulilitkan ikatan setia
antara aku dan dia tiada lagi rahsia
kuharap semua ini berkekalan hingga ke akhirnya
harapanku ini bukan angan kosong semata
tapi benar ku akui aku telah jatuh cinta
setelah sekian lama
pintu hatiku tidak dibuka
kasihmu rindumu sayangmu jelas terasa
dihatiku hanya kau bertakhta
kuharap dihatimu pun begitu juga

Monday, August 27, 2012

…..



entri kali ni tidak akan aku berikan ia tajuk. hanya sedikit luahan hati dan perasaan ku. mengenai apa yang telah berlaku sejak dua menjak ni. sedang ku menaip bende ni, tibe-tibe hujan turun dengan lebatnya di luar sana. dramatik sungguh tapi memang betul pun tibe-tibe je hujan. setelah sekian lame la kan. tak tahu la sejak bile. mungkin sejak kekecewaan yang melanda diri ini. dalam tidak sedar, maybe I’m being too friendly, or I just be there as a good friend, tapi dalam masa yang sama berlaku sesuatu yang diluar jangkaan dimana aku merasa kan yang diriku ini dah memasuki carta hati” ramai pihak. (bukan perasan atau masuk bakul angkat sendiri, tapi ni kenyataan)

serius, aku tak pernah berniat nak mainkan perasaan orang lain atau hancurkan hati sesiapa. tapi aku mengaku, salah aku gak. mungkin dalam tidak sedar, separa sedar atau pun memang aku sedar…aku dah memberi harapan palsu. dan aku tahu itu salah (baru sedar). bile harapan diletakkan terlalu tinggi, keadaan akan menjadi “awkward”. entah la. kadang-kadang, bukan aku tak suke, it is just, you are not the right person. bukan poyo ke ape. aku tak nak la nanti dah beranak cucu baru nak menyesal. bagi aku, daripada kecewa lambat, lebih baik kecewe sekarang. terus terang lagi bagus. memule aku cuak gak nak terus terang, bukan cuak pengecut or something, tapi rase kasihan, rasa tak sanggup nak hancurkan hati sesiapa. aku pelik la. aku ni siyes la aku cakap, aku takde ape-ape. paras rupe pun takde, body pun keding (bak kata cik Capital F). kekadang sampai aku terfikir apakah motifnya mencintai seseorang itu?

serius entri kali ni bukan lah untuk menyalahkan sesiapa, aku salahkan diri sendiri gak. bagi aku, bende ni berlaku sebab aku gak. sejak peristiwa berdarah tu berlaku(frust menonggeng), aku tak buka pun hati aku pada sesiapa, bukan taknak, tapi susah, mungkin sebab terlalu lama dengan sidia. aku tak salahkan dia pun dalam hal ni. aku salahkan diri sendiri, sebab tak mampu nak lepaskan dia dan dalam masa yang sama berusaha untuk mengubati hati yang sakit dan berusaha mencari-cari someone yang boleh ubati hati ini. teruk la aku ni. aku tak sedar pun perkare ni berlaku time tu, sekarang baru sedar senario yang berlaku. mase tu, I made a lot of good friends but none of them are considered special.

entah lah, after cik Capital F hadir dalam hidup baru la aku dapat melepaskan si dia(cabaran yang paling susah) dan beransur-ansur aku mencerahkan suasana dengan explanation demi explanation diberikan, pengakuan demi pengakuan diberikan, kekecewaan demi kekecewaan kuberikan kepada insan-insan yang tidak bersalah. Aku di sini menyusun sepuluh jari memohon seribu keampunan. T-T

pas kecewe tu aku mane ade terus cari pengganti, dalam setahun lebih la solo rider. aku taknak la kekecewaan aku tu menyebabkan aku membuta tuli je dalam membuat keputusan. tapi aku tak tipu la, memang kekadang rase sunyi. hmmm..tu time tu la..sekarang dah tak sunyi dah.

aku harap sangat, ampun maaf dipinta. segala keputusan yang dibuat bukan secara membuta tuli. keputusan dibuat demi kebahagiaan semua pihak. kekecewaan yang dialami sekarang ada hikmahnya.
we are not meant to be together. I’ve found someone,
and I hope you’ll find him, the one that love you with all of his heart, the one that all of you deserve.
please forgive me. I’m sorry my friend..

Monday, August 6, 2012

Pemikiran Masyarakat yang Masih lagi di Tahap Kurang Tinggi

secara jujur kukatakan aku semacam “culture shock” bila pulang ke tanah air sendiri. takde la culture shock mana pun. sebab di sana pun lagi teruk dari di sini, cuma nya di sana aku tidak terdedah dengan benda-benda sebegini teruk seperti di sini. contohnya, orang Melayu dedah aurat. Setahu aku hampir semua Melayu Islam di sana di tempat aku belajar menutup aurat, so jarang la tengok melayu free hair. kalau orang putih free hair tu belakang kira la. diorang bukan Islam, tak tahu apa kewajipan menutup aurat yang terang-terang dikatakan dalam kitab kita umat Islam, kata-kata dari  Allah pencipta kita

 

Untitled

[Al-Ahzab : 59]

jap-jap. ape kasi ayat Quran ni bro?? hehehe.. eh anda Islam kan? Quran ni turun untuk siapa? masyarakat menganggap penjagaan aurat ni suatu perkara yang remeh. alasan seperti “belum sampai seru lagi..” tidak mengapa. sama-sama lah kita doakan mereka supaya Allah memberi taufik dan hidayah kepada mereka. tapi nak salahkan masyarakat 100% pun tidak boleh. nak salahkan mak bapak 100% pun tak boleh. mak bapak belajar di mana? mak bapak dan anak-anak/ masyarakat tengok apa di masa lapang? TV kan? hehehe.. cuba anda tengok kebanyakan rancangan-rancangan yang di keudarakan. kadang-kadang tengok, yang berlakon tu berpakaian seperti orang putih di Amarika sana! hahaha..sungguh mengharukan (haru biru bro..!) nak salahkan siapa bro? salahkan diri sendiri sebab tak mampu nak halang kemungkaran tu. betul tak? tapi kalau setakat salahkan diri sendiri tanpa melakukan apa-apa? balik awal la bro. pernah dengar tak? “Tegakkan Islam dalam dirimu nescaya akan tertegak nya Islam di negeri mu” memang la selalu dengar. tapi praktikkan tak? Islam, dalam diri, tegak. cuba ambil contoh di bazar ramadan, bila saja azan Asar berkumandang, berapa kerat kah peniaga-peniaga yang berhenti dan pergi ke masjid? padahal masjid hanya sekangkang kera dari tapak bazar ramadan itu. itulah realiti. sekali lagi ditegaskan jangan salahkan diorang, salahkan diri sendiri (saya) dan juga kamu yang membaca kerana tidak mampu untuk mengubah realiti ini. namun ditegaskan disini ia bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap solat berjemaah dan menutup aurat. bermula dari diri kita, kita bina Islam dan tegakkan ia. dakwah itu unik. bermacam-macam cara. mana tahu dengan kita ni sebagai orang muda pergi ke masjid membuka pintu hati rakan-rakan mahupun jiran-jiran untuk turut serta memeriahkan masjid. siapa tahu?

kulihat masyarakat sekarang ramai yang kahwin lewat? ada yang dah tua-tua pun tak kahwin-kahwin lagi. tak payah lihat jauh-jauh. dalam keluarga sanak saudara dan kenalan-kenalan kita pun ada. apa yang berlaku sebenarnya? mengapa ini terjadi dalam masyarakat dan semakin berleluasa. institusi kekeluargaan semakin huru-hara. cerai-berai berlaku sana sini.tak payah pergi jauh-jauh, tengok artis-artis je dah cukup. tu kes cerai, disini saya nak bercakap tentang nikah/kahwin. apakah persepsi masyarakat yang salah terhadap kahwin? kahwin hanya bila dah ada kerja, rumah, kereta. perkahwinan di lihat sebagai sesuatu yang susah bagi masyarakat, khususnya golongan muda yang menyebabkan banyak kes-kes buang bayi berlaku. tapi sebenarnya kahwin bukan lah penyelesaian khusus terhadap gejala sosial yang melanda. contohnya, sekiranya kahwin hanya atas dasar nafsu, kemungkinan besar perkahwinan itu diakhiri dengan perceraian kerana tiada unsur keikhlasan dalam hati masing-masing. lagi satu kulihat masyarakat Malaysia masih lagi memandang poligami itu sesuatu yang akan mengundang pelbagai masalah. terdapat banyak faktor yang menyebabkan masyarakat berfikiran begitu. mungkin kerana terdapat contoh-contoh terdekat seperti sanak saudara atau jiran tetangga yang berkahwin lebih dari satu dan dalam masa yang sama menyebabkan masalah dalam rumah tangga mereka. sepatutnya poligami dijadikan suatu medium untuk membantu golongan perempuan contohnya yang telah kematian suami dan orang miskin.

fa

[An-Nisa’ : 3]

rata-rata perempuan sudah tentu tidak ingin berkongsi kasih sayang suaminya dengan orang lain. betul tak? tapi bagi wanita yang bergelar isteri yang  membenarkan suaminya berpoligami merupakan suatu pengorbanan yang amat besar. masalah yang kerap kali berlaku ialah si suami tidak berlaku adil terhadap isteri-isterinya. ini akan menimbulkan ketidakpuashatian dalam kalangan isteri-isteri, keluarga dan masyarakat setempat. namun sekiranya si suami yakin mampu menanggung dan mampu berlaku adil, apa salahnya sekiranya ingin berkahwin satu lagi? (ekstrim gile statement ni). kalau bagi pandangan wanita,”cukup la satu..buat apa sampai 4 tu?” sy faham, semua wanita faham. mak saya sendiri pun tidak ingin dimadu kasihkan dengan orang lain. jadi, berbalik kepada ayat di atas, poligami ni ada syaratnya, bukan suka-suka ja nak kahwin dua, tiga atau empat ni. Mampu berlaku adil terhadap isteri-isteri. Mampu memberi nafkah zahir dan batin. Tapi saya baru je dengar ceramah UAI dari CD original yang saya pinjam dari kawan saye, ustaz cakap kalau nak pasang lagi satu, jangan tipu bini yang pertama tu. tak baik. berterus teranglah. Isteri mana yang nak berkongsi kasih suami? tapi bagi wanita yang memahami dan suami yang solehah dan yakin mampu berlaku adil dan saksama tidak menjadi masalah.

sekarang saye nak cakap pasal masjid lak. dulu-dulu sebelum terbang jauh-jauh, saye pun jarang pergi masjid. tak nampak ape kepentingan solat berjemaah di masjid (sebab tak diberi penekanan di sekolah). fardu kifayah? ade perkataan “fardu” di situ. yela. dulu saye pun fikir, “ooo..fardu kifayah, hmm..xpe la..dah ade pakcik2 pegi masjid tu…aku lepak umah dah la..” kompem, majoriti masyarakat fikir macam tu. kat sini saye bukan nak cakap bende ni wajib. tapi sekadar nak menekankan kelebihan/kepentingan solat berjemaah di masjid ini. saye pernah dengar satu ceramah ni cakap lebih kurang camni, ‘kalo korang keje la kan..makan gaji kat pjabat, korang prefer gaji RM 1000 ke RM 27 000 ?’ mesti la nak 27 ribu gaji kan. cube anda fikir, ape tujuan hidup anda? kenapa anda diciptakan di atas muka bumi ni? tak semua orang yang fikir benda ni. kenapa? hidup dah terlalu dibelenggu kehidupan dunia yang sementara. sementara je beb kite hidup ni. purata umur 60-70 tahun, sekarang saye dah 20-an tahun, paling-paling hebat pun leh hidop sampai 80, tu pun kalau umor panjang, kalau eksiden ke sakit ke, orang tembak ke, jatuh basikal ke, terlebih tido ke(takde kaitan..hahaha) macam mana? hidup ni sekejap je. tak percaya? tengok, pejam celik pejam celik dah due tahun berlalu. rase macam semalam je aku baru Form 1 di semesti dulu. nah amik ayat ni. ni ayat Quran beb. Allah, pencipta kita yang cakap.

tujuan hidup

[Ad-Zariyat : 56]

sekarang dah tahu ape tujuan hidu  korang? hidup di dunie ni sementara je. kat sane tuh, negeri akhirat, kekal selama-lamanya. bayangkan betapa Maha Pemurahnya Allah, kite diuji hanya dalam 60-80 tahun di dunia tetapi ditawarkan ganjaran Syurga yang selama-lamanya. betullah kata ulama’, masuknya syurga seseorang itu bukan kerna amal ibadat dan pahalanya tetapi dengan rahmat Allah. hidupnya kita didunia ini kerana mengharapkan keredaan Allah Tuhan sekalian alam, pencipta kita. betapa hebatnya Allah, lihat sajalah tapak tangan korang. cuba gerak-gerakkan jari korang, terer tak siapa yang cipta korang? haa..taw xpe..sehebat-hebat mane pun “Terminator” ciptaan manusia akhirnya dapat juga dikalahkan oleh manusia (john connor) hahaha. sehebat mana manusia dalam bidang sains, nak cipta seekor lalat pun tak reti. nah amik ni, Allah dah cakap, jangan sombong;

jgn sombong

[Al-Isra’ : 37]

haa..aku penah dengar orang cakap, “jangan bongkak sangat, najis sendiri pun ko bawak sendiri kemana-mana ko pegi” betul kan? kite nak sombong dengan Allah? nikmat yang kite guna ni, tangan nak taip post ni, bernafas (korang smua tengah bernafas kan? hahaha), tidur di bulan puase, kaki, perut, mata, lidah, haisy! banyak giler nikmat yang Allah beri tapi kite, manusia masih berani lagi langgar perintah Allah setelah Allah kasi segala nikmat di dunia ni, tak mengenang budi punye manusia! (termasuk saye la..). berbalik kepada Kalam Allah di atas, nak tembus bumi pun manusia masih tak mampu, (dalam movie bnyk la) realiti nye manusia masih tak mampu nak buat apa-apa, gunung gunung yang tinggi? ade ke bangunan yang manusia bina sama tinggi dengan gunung Everest? ok. mai sini saye nak buat satu perbandingan (dengan bantuan google dan wikipedia) menara tertinggi di dunia, Burj Khalifa di Dubai setinggi 828 meter dan gunung Everest gunung tertinggi di Bumi setinggi 8850 meter. tengok berapa bnyk beza? sampai kiamat pun manusia tak mampu menyamai setinggi gunung.

manusia ni dalam keadaan menafikan Kematian. Kematian adalah sesuatu yang pasti. Kau, aku, dia, mereka, sesiapa saja yang ade kata ganti nama diri akan masuk kedalam tanah, gelap gelita. bayangkan korang bangun-bangun, tengok depan, tanah, kiri kanan pun tanah. cuak beb. aku pun cuak. semua orang cuak. tapi rata-rata  masyarakat? mereka seolah-olah bertindak seperti mereka akan hidup selama-lamanya, tidak akan mati, dan segala amalan tidak akan dihitung dan diperlihatkan di akhirat kelak. bukan tak tahu, tapi buat-buat tak tahu dan menafikannya. ni ayat power untuk kes ini;

stiap bernyawa

[Ali-Imran : 185]

kalau nak rase melekat dalam jiwa, hafal ayat di atas ni sekali dengan maknanya dan berpegang la dengan ayat ni selagi mana kamu bernafas dan hidup di atas muka bumi ni ( kalau dah tak bernafas, dah lambat la..takde can pun nak bace post ni..hehehe)

  • Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.
  • Kehidupan di dunia ini (kemewahan dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

dua point di atas adalah antara point-point dalam ayat di atas. lambat atau cepat itu urusan Allah, tetapi yang pasti ialah kita semua akan mati. ingin menaiki kereta Subaru Impreza, BMW, Waja? tidak. kereta yang akan pasti kita naiki ialah kereta mayat. kehidupan di dunia hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya. nak cakap kat sini, bukan tak boleh cari kesenangan di dunia, tapi jangan sampai kesenangan di dunia ini memperdayakan kita sampai kita lupa akan tujuan asal kita hidup dan lupa yang hidup ni sementara dan kita akan mati tak lama lagi. kematian adalah perkara yang paling hampir dengan kita.

  • pada hari kiamat sajalah disempurnakan balasan kamu
  • ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya

pada hari kiamat sajalah disempurnakan balasan, kat dunia ni buat la jahat macam mana pun, kadang-kadang Allah balas cash kat dunia, kadang-kadang Allah tangguhkan balasan kejahatan kita di akhirat. tapi kompem-kompem la balasan kat akhirat berkali-kali ganda sakit bro. ayat di atas ada sebut perkataan “berjaya” kan? apa definisi berjaya bagi korang? dapat degree? ade Nissan Skyline? ade banglo 4 tingkat di Petaling Jaya? ada anak 13 orang? atau jadi seorang anak yang soleh/solehah? menjadi hamba Allah yang diredai nya? mana satu? pilihlah sendiri. terang-terang di sebut di dalam ayat di atas, di akhirat kelak, orang yang BERJAYA ialah orang yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga. sekali lagi ditegaskan di sini, tak salah berjaya di dunia. malahan kejayaan didunia mampu memangkin kejayaan kita diakhirat bagi orang yang berfikir. contohnya, kita belajar tinggi-tinggi, dapat kerja yang baik, gaji yang tinggi, harta yang Allah kurniakan itu boleh diinfakkan ke jalan Allah. pangkat dan darjat yang diperoleh boleh dijadikan suatu kredibiliti bahawa umat Islam itu kuat dan berjaya dunia dan akhirat. dengan harta, pangkat dan darjat boleh digunakan untuk berdakwah. semua nikmat yang Allah beri boleh kita gunakan untuk jalan Allah. kita diberi pilihan untuk menggunakan nikmat yang Allah kurniakan ke jalan Allah atau tidak. baru dengar ceramah UAI semalam, berkenaan beza Rahmat Allah dan Nikmat. ustaz cakap contoh rahmat Allah ialah anak-anak kita nanti semua rajin ke masjid solat 5 waktu dan berbakti kepada orang tua. Nikmat contohnya anak-anak kita semua ade degree, phD, master dan PMR (hehehe..). contoh gunakan nikmat Allah ke jalan Allah ialah, motosikal yang kita beli hasil dari nikmat yang Allah beri, kita gunakan untuk ke masjid.

haisy…macam panjang sangat lak saye tulih ni. dah tige hari tulih tak siap2. sampai sini je kot. nanti sambung lagi esok2.

sekian

wallahua’lam.

Thursday, August 2, 2012

pergh! dah berhabuk dah blog ni…

Tiba-tiba malam yang indah ni rase nk update blog. maybe bosan sgt kot. siang tadi kluar. jalan2. cari no celcom yang ade nombor ni 5734. satu ipoh round cari, tak jumpe2..sedih gak.. huhuhu.. sambil2 tu jalan2 cari sluar trek cheetah kt the store. sluar trek kt US mahal la. cam tak berbaloi beli. beli due helai tadi. nk bawak balik sane. senang sikit nnti nak main bola ke ape. pastu g kedai moto, nak tanye berape kos tuka absorber ex5 original, mahal gak. 100++ katenye. lol. cancel la. mane de duit. pastu tambah cover rantai motor, abis kotor motor takde cover rantai. cover rantai lame dah rosak skali ngan absorber lame. huhuhu. pastu, pas asar tadi org g cari kasut. memule g cari kt mizi sport, pergh! smue ori adidas nike mahal kaw2. (harge stended je, tp sbb aku miskin rase cm mahal la) pastu aku g la kedai kasut sentosa kt ipoh jaya, cari kasut power, kualiti ok la gak harge pn ok. aku angkat kale ijau sikit. hehehe..darah hijau bro. IYKWIM. hahaha

sedih gak tak jumpe nombor tu, tp takpe, xkan pernah mengalah, ipoh ni besar, leh cari lagi. hehehe. bulan2 puase ni xbest la asyik tido je..

Hatiku bergetar

setelah sekian lama hati ini sunyi. terasa getaran yang amat dasyat dikala alunan tok imam dari Gaza mengalunkan kalam2 Allah. baru ku tahu bagaimana sahabat2 serta Rasulullah dapat menghidupkan malam dengan solat sunat terawih sehingga ke sahur.

di suatu sudut di hatiku berkata, ‘betapa sunyi nya hati ini tanpa teman’. teman yang dicari untuk mendirikan sebuah masjid yg indah tersergam. begitu banyak yg menduduki carta hati ini namun layakkah daku untuk menjadi imam kepadanya? layakkan daku? sudah cukupkah ilmu didada untuk membimbingnya kesyurga. aku inginkan teman yang setia di dunia hingga ke akhirat. bukan daku terlalu memilih. tidak kumahu yang cantik. hanya yang baik budi pekerti, solehah. nama2 seperti saidatina Aisyah, saidatina Fatimah terngiang2 di telinga. namun mereka adalah wirawati-wirawati Islam yang hebat. tapi tidak mustahil seseorang yang bernama Fatimah yang belajar di Universiti Malaya boleh menjadi hebat seperti mana saidatina Fatimah. tidak mustahi juga seseorang yang bernama Aisyah yang tinggal di Ipoh boleh menjadi secantik saidatina Aisyah dari sudut budi pekerti dan akhlak.

cinta di dunia hanya sementara, namun tidak lah diharamkan atau patut ditinggalkan Cinta itu. Cinta boleh dijadikan alat atau asbab untuk kita mencapai objektif kita yg satu di sana kelak. jangan jadikan cinta dunia ini jalan short-cut ke neraka. pendirianku masih tetap, istilah kapel sudah kupadam dari kamus hidupku. aku akui diriku ini lemah, kadang-kadang tewas dengan diri sendiri. bisikan-bisikan nafsu. maafkan aku. aku bukanlah insan yang sempurna.

aku impikan cinta selepas akad nikah yang sah. aku impikan rumahtangga yang dirahmati Allah. namun aku sendiri juga yang memusnahkan impian itu dek kerana terpedaya dengan bisikan-bisikan nafsu/syaitan. masih belum terlambat lagi untuk berundur setapak. memanglah tidak dinafikan kesan tapak kaki kita itu akan terus kekal disitu, namun itu lebih baik daripada kita tidak mengikut ‘jalan yang lurus..’ yang setiap kali kita solat kita sebutkan ayat itu. “ihdinassirotol mustaqim..". kasih sayang yang terbit ini, semoga Allah merahmatinya. ingin sekali kusayangimu hanya kerana Allah taala.

maafkan aku. aku langsung tidak berniat untuk melukakan hati sesiapa.

_DSC6588