Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 74.
yang membawa maksud;
Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
aritu tengah2 tadabbur Quran tibe2 terlintas dengan ayat ni. terase sangat. hati yang keras seperti batu dek kerana dosa2 lampau. adakah kita salah seorang dari orang yang berhati keras? barangkali Allah dah berikan petunjuk dan hidayah kepada kita tapi hati kita yang terlalu keras untuk menerima dan mengikut petunjuk dan hidayah yang Allah beri.
dalam ayat ini, hati telah disamakan dengan batu. mari kita lihat apakah ciri2 batu yang sama dengan hati kita. cewaah.. batu tu keras kan.
Namun dalam ayat ini diceritakan di antara batu2 itu ada yang mengalir air sungai, kat malaysia banyak kan batu kat sungai ngan air terjun? kan3? hehehe.. cube lihat batu tu, die macam terbentuk setelah hakisan2 berlaku dalam air dalam jangka masa yang lama. secara “Berterusan” dan istiqamah. begitu juga hati kita yang kalau keras seperti batu, ianya bisa dilembutkan tapi dengan syarat kena berterusan la.
ada batu yang pecah2 dan keluar mata air darinya, mungkin dalam konteks ayat ini menerangkan walaupun hati ini dah keras seperti batu, penuh dengan dosa dan maksiat namun dalam setiap hati2 manusia mesti dahagakan sesuatu yang berbentuk kebaikan.
ada batu yang jatuh takut kepada Allah. lihat saja komet, meteor, batu yang begitu besar jatuh ke bumi kerana takud pada Allah, hinggakan batu dari gunung ganang yang jatuh dek kerana tanah runtuh dan sebagainya. sedangkan batu pun takut pada Allah, inikan kita makhluk ciptaan Allah yang begitu kerdil, mempunyai akal yang sehat untuk berfikir.
Allah tidak sekali kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan. disebutkan disini sebagai peringatan kepada kita. setiap apa yang kita kerjakan, sentiasa dalam pengawasan Allah. jadi. beringat-ingat lah.
sekian
No comments:
Post a Comment