Setelah 3 bulan bercuti di kampung halaman di Ipoh, Perak, Malaysia, akhirnya aku pulang ke sini untuk meneruskan perjuangan. Perjuangan yang tidak seberapa panjang. Setelah aku kira-kira, tak sampai setahun (dalam 10 bulan) untukku menghabiskan sisa-sisa hidupku sebagai pelajar undergraduate. Pelbagai perasaan yang mengalir dalam hatiku. Pelbagai emosi menyerang lubuk sanubariku. Setelah sampai di Rochester, New York ini, sampai di rumah sewa bersama rakan-rakan yang lain, aku mula mengemas bilikku kemudian aku amati jadual pembelajaranku untuk quarter ini. 3 subjek keseluruhannya yang aku kena belajar selama lebih kurang dalam 3 bulan yang akan datang. 12 kredit (minimum 12 kredit..hihihi) tapi..tiga-tiga subjek ini agak mencabar, tiga-tiga 4 kredit, tiga-tiga ada 3 jam lab dan tiga-tiga kene buat lab report…huhuhu… tapi takpe, akan ku sahut cabaran ini…
Petang-petang aku pergi jogging keliling Park Point (macam keliling taman park point la…) sebelum pergi main volleyball dengan rakan-rakan. Stamina 0% lepas balik rumah! kat rumah jarang-jarang sekali bersenam. huhuhu… esok (ahad) ade tournament indoor soccer dah. Tak tahu boleh main ke tak, takut pancit di tengah jalan je…hehehe…tapi takpe, akan aku coba yang terdaya!
9/9/2012 (9.45pm) fuhh..alhamdulillah menang.. 4-2.. teruk gak la sebab bolos due, defend kantoi ag la..hihihi..stamina pn teruk gak..
adooii..asyik main je..stadi nye bile entah..nak start stadi lah mlm ni..huhuhu..
No comments:
Post a Comment