setelah sekian lama hati ini sunyi. terasa getaran yang amat dasyat dikala alunan tok imam dari Gaza mengalunkan kalam2 Allah. baru ku tahu bagaimana sahabat2 serta Rasulullah dapat menghidupkan malam dengan solat sunat terawih sehingga ke sahur.
di suatu sudut di hatiku berkata, ‘betapa sunyi nya hati ini tanpa teman’. teman yang dicari untuk mendirikan sebuah masjid yg indah tersergam. begitu banyak yg menduduki carta hati ini namun layakkah daku untuk menjadi imam kepadanya? layakkan daku? sudah cukupkah ilmu didada untuk membimbingnya kesyurga. aku inginkan teman yang setia di dunia hingga ke akhirat. bukan daku terlalu memilih. tidak kumahu yang cantik. hanya yang baik budi pekerti, solehah. nama2 seperti saidatina Aisyah, saidatina Fatimah terngiang2 di telinga. namun mereka adalah wirawati-wirawati Islam yang hebat. tapi tidak mustahil seseorang yang bernama Fatimah yang belajar di Universiti Malaya boleh menjadi hebat seperti mana saidatina Fatimah. tidak mustahi juga seseorang yang bernama Aisyah yang tinggal di Ipoh boleh menjadi secantik saidatina Aisyah dari sudut budi pekerti dan akhlak.
cinta di dunia hanya sementara, namun tidak lah diharamkan atau patut ditinggalkan Cinta itu. Cinta boleh dijadikan alat atau asbab untuk kita mencapai objektif kita yg satu di sana kelak. jangan jadikan cinta dunia ini jalan short-cut ke neraka. pendirianku masih tetap, istilah kapel sudah kupadam dari kamus hidupku. aku akui diriku ini lemah, kadang-kadang tewas dengan diri sendiri. bisikan-bisikan nafsu. maafkan aku. aku bukanlah insan yang sempurna.
aku impikan cinta selepas akad nikah yang sah. aku impikan rumahtangga yang dirahmati Allah. namun aku sendiri juga yang memusnahkan impian itu dek kerana terpedaya dengan bisikan-bisikan nafsu/syaitan. masih belum terlambat lagi untuk berundur setapak. memanglah tidak dinafikan kesan tapak kaki kita itu akan terus kekal disitu, namun itu lebih baik daripada kita tidak mengikut ‘jalan yang lurus..’ yang setiap kali kita solat kita sebutkan ayat itu. “ihdinassirotol mustaqim..". kasih sayang yang terbit ini, semoga Allah merahmatinya. ingin sekali kusayangimu hanya kerana Allah taala.
maafkan aku. aku langsung tidak berniat untuk melukakan hati sesiapa.
agree with u akmal. me too, perasaan 2 timbul lepas sy rase kecewa. dalam tempoh nak pulih 2 bru sy sedar ade hikmahnye kenapa Tuhan bg rase kecewa dan sakit, supaya kite jauh buat dosa n lebih menjaga hubungan cinta dgnNya. kapel x penting, yg penting akad. cinta yg berkat is after akad......aamiin
ReplyDelete