Sepanjang aku disini, bermacam dugaan. Masalah bekalan air, sakit perut (tengah sakit perut ni). Alhamdulillah kat apartment bangi idaman ni tiada masalah bekalan air. Kalau kat apartment taman tropika tu...pergh! orang lain kiri kanan ada air, orang kat apartment tu je tiada air. Dulu kat apartment lama, aku duduk kat ruang tamu je. Maklumlah, sewa mahal, dok ruang tamu je dapat la jimat sikit sementara nak jumpa rumah murah.
Pergi kerja naik moto je. Masa mula-mula nak datang sini pun nak interview pun datang naik moto je, hati kering. haha. Perjalanan ulang alik dari tempat kerja lebih kurang 30km sehari. Setakat ni alhamdulillah tayar Maxxis belakang aku tu tak pernah pancit walaupun umur die nak mencecah 2 tahun (tapi macam dah nak expired dah). Tapi masa mula-mula nak datang sini, dengan sesat nya tak jumpa Serdang, lepas tu tayar pancit, kena paku berkilat lagi panjang 2 inci. Gile ah. Nasib baik tayar tubeless ni boleh jalan lagi walaupun dah tembus paku. Dua bulan lepas motor aku sudah mula menunjukkan tanda-tanda nak kena "top overhaul" sebab dah ada kebocoran sana sini kat head dia. Alang-alang dah bukak enjin ni, aku cakap kat tokey kedai tu nak modi la sikit-sikit. Boleh la, pikap ok, tapi top je kurang sikit, 110 je. Nak laju-laju pun nak ke mana kan.. ? asalkan sedap bawak, sedap sikit nak potong lori atau kereta kat lebuhraya. Resepi adalah seperti berikut :
- block KFM bore 57mm + piston
- high cam UMA racing
- carburator standard tukar jetting je
- lubang exhaust dan intake polish sikit kasi lawas
- exhaust standard
No comments:
Post a Comment